Liwat Juga Penderaan Seksual Ye BAPAK NUAR?

PUTRAJAYA - Kejadian kes liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan disifatkan sebagai penderaan seksual ditempat kerja oleh bekas majkiannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Saiful tidak boleh dikecualikan dari kes-kes penderaan seksual sepertimana kes-kes seumpama berlaku kebanyakannya terhadap wanita.

"Kita mudah menerima berlaku penderaan seksual di tempat kerja. Kenapa kita tidak faham mengenai penderaan seksual di mahkamah untuk selama empat bulan ini. Penderaan seksual dalam kes ini melibatkan liwat.

"Liwat tanpa rela adalah penderaan seksual. Itulah kes kami. Kenapa kita tidak boleh faham? Kenapa Saiful perlu diperlakukan berbeza dari pekerja-pekerja yang lain?," kata Muhammad Shafee.

Tegas beliau, mangsa seharusnya mendapat pembelaan seperti pekerja lain yang mengalami penderaan seksual

"Kalau pekerja ini seorang wanita semua akan marah termasuk NGO, bagaimana dengan kes ini? Bukan rogol sahaja penderaan seksual, liwat adalah rogol antara lelaki dengan lelaki lain tanpa kerelaan. Itu penderaan seksual juga.

"Kenapa lelaki tidak dilindungi seperti wanita? Ini dominasi seorang lelaki kepada lelaki yang lain. Ini penderaan seksual ditempat kerja,' kata Muhammad Shafee.

Jelasnya, perkara ini bukanlah konspirasi sepertimana dakwaan sesetengah pihak mengatakan ianya melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sebagainya.

"Ini tak mungkin konspirasi. Kalau ianya konspirasi kenapa Saiful perlu memalukan diri sendiri untuk diperiksa di dua buah hospital. Dia juga diperiksa oleh 'DW1' Doktor Othman, anusnya diperiksa dengan alat perubatan. Ini tidak mudah. Kenapa anda buat perkara mengarut ini jika kerajaan terlibat disebalik semua ini," tegas Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee berkata kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman selepas membentangkan hujah balas di Mahkamah Persekutuan dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

"Mereka (kerajaan) boleh kata (kepada Saiful) anda boleh terus datang ke Hospital Kuala Lumpur, dua doktor sedang menunggu dan tak perlu menunggu dari pukul 4.20 ke pukul 9. Ini semua tak masuk akal.

"Begitu juga dengan bukti 'fresh' berkaitan air mani. Adakah bank sperma di negara ini? Saya tak fikir ada. Ada banyak lagi fakta yang membuktikan teori konspirasi ini adalah sah," tegas Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee berkata, kes liwat Anwar dengan Saiful antara majikan dan tanpa kerelaan pekerja.

Beliau berkata, hujahan akan bersambung minggu depan iaitu pada Isnin sehingga pukul 1 petang dan pada Selasa.

"Dua puluh peratus hujahan telah saya kemukakan hari ini. Namun saya ambil masa untuk bentangkan fakta-fakta kes sebelum saya masuk dalam isu dan undang-undang.

"Isnin ini kita akan membentangkan faktaa membuktikan Anwar menggunakan kesemua bahan bukti yang dikemukakan kepada mahkamah. Isu ini tidak ditimbulkan di Mahkamah Rayuan sebelum ini," kata beliau.

Antara yang akan disentuh adalah eksibit yang dikemukakan peguam Anwar iaitu tuala, berus gigi dan botol air dalam hujahan rayuan selama tiga hari bermula selasa lalu.

"Eksibit ini merupakan asas perbandingan dan eksibit ini merupakan pengesahan milik Anwar kerana beliau yang berada di situ dan bukannya orang lain.

"Tuala, berus gigi dan botol air yang dibawa milik beliau. Jadi kita akan mengatakan eksibit tersebut jelas daripada Anwar bila kita bandingkan dengan eksibit P27 semuanya 'Lelaki Y' maka itu adalah eksibit daripada Anwar," kata Muhammad Shafee.
TAG