BREAKING NEWS

Lombong Bukit Besi : SPRM Akan Siasat Dakwaan Li Yang

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kenyataan Ketua Eksekutif CAA Resources, Li Yang yang mendakwa pernah membayar sejumlah AS$100,000 (RM336,250) kepada beberapa ahli politik bagi mendapatkan gelaran Datuk bertujuan memudahkan operasi lombong miliknya di Bukit Besi, Terengganu sejak awal tahun ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah berkata, pihaknya akan bertemu dengan Li Yang bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan tersebut.

“Dakwaan yang dibuat itu boleh merosakkan nama dan imej pihak istana yang kemungkinan terdapat pihak tengah cuba mengambil kesempatan meminta wang daripada ahli-ahli perniagaan. SINI

20IRONORE-master675
“SPRM yang mengambil pelbagai pendekatan untuk membanteras rasuah tidak akan bertolak ansur dengan apa jua bentuk rasuah termasuk perbuatan meminta dan memberi rasuah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Li Yang dalam satu temubual bersama New York Times (NYT) baru-baru ini telah memperincikan tentang urusan perniagaannya di Bukit Besi termasuklah sokongan yang diperoleh­nya melalui sogokan wang tunai kepada ahli-ahli politik sebagai cara beliau memudahkan urusan perniagaannya.

Menurut Mohd. Jamidan, pihaknya akan bertindak tegas jika benar wujud perbuatan meminta wang sogokan atau rasuah daripada ahli-ahli perniagaan bagi memudahkan operasi perniagaan sepertimana kes-kes yang pernah di bawa ke mahkamah sebelum ini.

“Pada tahun lalu, seorang kontraktor telah dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan denda RM50,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 berikutan meminta suapan sebagai dorongan membantu seorang individu memperoleh Darjah Kebesaran Negeri Perak yang membawa gelaran Datuk Seri.

“Jenayah rasuah hanya boleh dibanteras habis-habisan sekiranya semua pihak memberi kerjasama dengan memberi maklumat dan bukti mencukupi kepada pihak SPRM,” katanya.
TAG

No comments

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Name

Email *

Message *

-->