Malizam dan Faiz sertai Skuad Harimau KUMBANG

DUA pemain Terengganu bakal memperkuatkan pasukan Pulau Pinang dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 2015.
   
Persatuan Bola Sepak Pulang Pinang (FAP) menerusi laman twitternya mengesahkan dua pemain berkenaan adalah Mohd Faiz Subri yang beraksi di bahagian tengah dan pemain pertahanan, Mazlizam Mohamad.
   
"Dua pemain Terengganu, (Mohd) Faiz Subri dan Mazlizam Mohd sah akan bersama Pulau Pinang pada musim 2015..welcome to Pulau Mutiara," menurut twitter tersebut.
   
Skuad 'Harimau Kumbang' sebelum ini berjaya mendapatkan khidmat beberapa pemain daripada pasukan lain bagi memperkuatkan pasukan Liga Perdana itu.
   
Antaranya adalah Mohd Aznie Taib dan See Kok Luen daripada pasukan Johor Darul Ta'zim II; Redzuan Nawi (Sabah); Mohd Azrul Ahmad (Angkatan Tentera Malaysia) serta bekas penjaga gol Selangor PKNS FC, Mohd Remezey Che Ros.
   
Dua pemain Sarawak iaitu penjaga gol, Sany Anuar Kamsani serta pemain pertahanan, Mafry Balang turut menyertai pasukan Pulau Pinang, musim depan. - Bernama



TAG