MESTI LIHAT VIDEO INI : Budak Melolong Setiap Kali Berada di Tengah HUTAN. KENAPA?

Video Budak Perempuan Terpaksa Melolong Seperti Serigala Setiap Hari

Sayu sekali menonton video mengenai kisah hidup seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang terpaksa melolong seperti serigala untuk berulang-alik ke sekolah setiap hari. SINI

Budak berkenaan yang dikenali sebagai Danli Tan tinggal berdua bersama ayahnya yang sakit di desa pergunungan daerah Chaimen, Nanxiang wilayah autonomi Guangxi, China.

Tatkala ditanya wartawan berapa masa yang diambil olehnya untuk pergi dan pulang ke sekolah, Danli berkata, dia mengambil masa hampir dua jam untuk meredah hutan ke sekolah.

Menjelajahi keheningan hutan, Danli akan membuat suara seperti serigala jika ingin pulang dari sekolah.

“Itu cara untuk saya mengusir binatang buas sepertimana yang diajar ayah kepada saya . Setiap kali pulang ke sekolah kalau dijalan tidak bersama orang lain saya akan melolong seperti itu,” katanya.
Sementara ketika ditanya mengenai jari kakinya yang kelihatan seperti sakit, Danli menjawab kesakitan itu sudah biasa baginya.

Dalam pada itu, tinjauan wartawan itu mendapati bahawa dalam ‘hutan’ tersebut hanya kelihatan satu-satunya rumah kayu suku Maonan yang masih tinggal iaitu rumah Tan Danli.

Rumahnya berselerak, bumbung rumahnya bocor. Ayahnya seorang ‘doktor’ haiwan, namun sekarang menghidapi penyakit tua.

Sementara itu, rutin harian Danli adalah menyediakan makanan untuk ayahnya kerana ayahnya sudah tidak mampu untuk melakukan ‘aktiviti’ memasak, kerana sakit.

“Sebaik sahaja saya pulang daripada sekolah saya akan masak untuk ayah, dulu ayah yang masak tetapi sekarang ayah sakit, terutama matanya.

“Dia sudah bertahun-tahun menjaga saya, kini tiba masanya saya menjaganya pula,” kata Danli.
Untuk rekod Danli merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah, dia menduduki ranking kedua untuk keseluruhan pelajar di sekolahnya.
TAG