Pocong DiChukai Memalukan Diri Sendiri

10 sebab kenapa Parti PAS Tidak perlu menjadi Jaguh Murahan Berkaitan isu Peniaga ikan Di Kg Gong Limau 

1. Aduan penduduk mengganggu lalu lintas kerana betul2 di simpang empat.

2. Terdapat aduan penduduk tentang bau busuk. Tiada sistem aliran untuk menyalurkan air buangan sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan yang terpaksa dihidu penduduk berdekatan. 

3. Dibina di atas tanah wakaf surau & kegiatan agama milik MAIDAM.

4. Tidak adil kepada peniaga lain yang menjalankan perniagaan barangan basah mereka di pasar-pasar berhampiran (standard Pembandaran)

5. Permit asal kerana diminta atas jualan secara kecil-kecilan pada tahun 2009. 

6. Sejak 2009, perbincangan diadakan dengan janji utk tempoh setahun ke setahun utk berpindah. Namun gagal sehingga hari ini.

7. Dengan keadaan kini perniagaan mereka semakin berkembang dengan pelbagai jenis jualan termasuk barang jualan basah menjadikan tapak tersebut tidak lagi releven untuk perniagaan yang besar.

8. MPK telah menyediakan tiga alternatif untuk peniaga meneruskan perniagaan mereka iaitu di pasar besar Cukai, pasar Binjai dan pasar borong.

9. Memberi peluang kepada peniaga untuk mencari dan memilih sendiri tempat yang lebih sesuai.

10. Langsung tidak boleh dibawa berbincang. Selain memaki hamun, beliau juga bertindak kasar seperti samseng terhadap anggota penguatkuasaan. (Ada laporan polis)

# Mohon pihak peniaga utk berbincang dgn lebih telus dan sabar dgn tidak hanya mementingkan diri dan keuntungan peribadi semata-mata.

# Jika tidak mampu berbincang lagi dan rasa dipihak yang dianiayai, mohon dibawa MPK ke muka pengadilan (mahkamah)
TAG