Punca Sebenar Tragedi Remaja Hilang di SEKAYU-

Pihak Polis susah mengenal pasti beberapa punca masalah dan penyebab kepada kematian pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Ahmad Rafiqin Azman,16 di Gunung Gajah Terom, Sekayu Hulu Terengganu.

Unit Forensik telah mengesahkan kematian Ahmad Rafiqin disebabkan lemas dan selama 48 jam sebelum ditemui.

Pihak Polis akan memanggil mereka yang terlibat terutama Pengajur dan Pejabat Hutan Hulu Terengganu. Memandangkan marathon tersebut sememangnya tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan kepada peserta dan ia harus diperjelaskan kepada  kami.

Menurut sumber, penganjur tidak menyediakan guide pada setiap laluan dan hanya pada check point sahaja dan diantara check point ke check point itu tidak diletakkan seperti yang diberitahu semasa malam adik Rafiqin ditemui.

Katanya salah seorang pengajur, setiap 100 meter kami ada letakkan seorang urusetia pada laluan yang dilalui peserta.(Bohong). Perkara ini perlu disiasat dan diharapkan perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

Mengapakah Tuan empunya tempat atau kawasan( Pejabat Hutan) boleh meluluskan kejohanan tersebut dan lazimnya pada tarikh tersebut ianya akan ditutup kepada umum?

Penganjur bernasib baik kerana pihak keluarga mangsa tidak akan mengambil apa-apa tindakan kepada penganjur yang lalai itu dalam masa terdekat ini dan masih dalam perbincangan ahli keluarga lagi- sumber.










TAG