#RAZIF Akan Pulang Dengan Segera - Jerman

Menteri Besar Terengganu dilaporkan akan pulang segera dari tugas rasmi di luar negara bagi memberi tumpuan kepada banjir yang sedang melanda negeri ini.
Beliau berada di Jerman sejak beberapa hari yang lalu sebelum banjir melanda, mengikuti rombongan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Difahamkan Sultan Terengganu sedang mendapat rawatan kesihatan lutut di sebuah pusat perubatan di negara itu.
Dato’ Haji Ahmad Razif mengucapkan terima kasih kepada semua jentera kerajaan dan parti Umno dan semua pihak termasuk badan sukarela bukan kerajaan yang telah membantu mereka yang terlibat dengan masalah banjir itu.
Beliau juga meminta mereka yang terlibat dan para petugas sentiasa bersabar menghadapi ujian ini.
“Terima kasih kepada semua petugas, Timbalan Ketua Umno, Dato’ Basir Ismail dan Ahlijawatankuasa Umno Bahagian yang telah berusaha membantu mangsa-mangsa banjir. Insya Allah saya akan balik segera; saya sedang menguruskan tiket’ , katanya melalui Whatssap Kuala Nerus sebentar tadi.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fauzan Abdul Kadir mengesahkan akan kepulangan segera Ketua Kerajaan negeri itu selepas menemui dan mengadap Sultan Terengganu.
Banjir yang sedang melanda Terengganu mengakibatkan banyak kawasan ditenggelami air, termasuk kawasan perumahan dan jalan-jalan raya, khususnya di daerah Kuala Terengganu meliputi Kuala Nerus.
Pusat-pusat perpindahan mula dipenuhi oleh mangsa seperti di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Dewan Sivik Gong Badak, Sekolah Tanjung Gelam, Tok Jembal, telok Ketapang dan lain-lain.
Paling ramai ialah di Sekolah Kebangsaan Gong Badak membabitkan hampir 300 keluarga dan 1 400 mangsa banjir.
Sesungguhnya Dato’ Haji Ahmad Razif terkenal sebagai seorang wakil rakyat dan pemimpin yang amat cakna rakyat, sentiasa menziarahi orang sakit, mereka yang dirawat di hospital, kawan-kawan dan  rakyat yang ditimpa musibah kebakaran, orang miskin, orang tua yang uzur  dan sebagainya.
Walaupun kini sudah dilantik sebagai Menteri Besar,’ Cikgu Razif ‘  dan isteri Yang Amat Berbahagia, To’ Puan Hajah Halina Zakaria (Cikgu Na)  telah meneruskan amalan itu. teganukita.my
TAG