Remaja HILANG Di Air Terjun Sekayu : Menteri Besar Arahkan MASJID & SURAU Solat Hajat

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan semua masjid dan surau di Terengganu untuk mengadakan solat sunat hajat mendoakan usaha pencarian Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun, yang dipercayai hilang ketika menyertai acara Marathon Gajah Terom di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.

Ahmad Razif turut meluangkan masa melawat ke lokasi kejadian petang ini.

Solat hajat turut diadakan di lokasi kejadian dengan disertai 20 pelajar Pondok Darul Quran dam penduduk sekitar Kampung Sekayu.

Sehingga pukul 6.30 petang ini, mangsa yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu masih tidak ditemui.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat di hutan berkenaan turut menggunakan khidmat anjing pengesan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hussin Deraman berkata, keempat-empat anjing berkenaan masing-masing daripada Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia K9 dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, operasi mencari yang digerakkan pagi tadi membabitkan hampir 100 penyelamat daripada pasukan bomba, polis, Jabatan Pertahan Awam (JPAM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)

“Pasukan dipecahkan kepada lima kumpulan dan operasi akan diteruskan hingga mangsa ditemui,” katanya kepada teganukita.my

Bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis pada kira-kira pukul 6 petang, semalam.

Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur apabila dia tidak dapat menemui anaknya pada pukul 3 petang selepas perlumbaan tersebut.


Ahmad Rafikin Azman

Rasyida Ibu Mangsa

Exco Belia dan Sukan YB Rozi Mamat dan Johari Abu Bakar
Ketua Pemuda UMNO Terengganu

TAG