Terengganu Akan Mengunakan Jurulatih TEKNIKAL

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal melantik jurulatih taktikal sebagai persiapan menghadapi liga Malaysia musim hadapan.
Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata jurulatih taktikal akan mengendalikan dari segi taktikal pasukan dan juga merupakan pembantu kepada ketua jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim.
“Buat masa sekarang, empat nama telah disenarai pendekkan dan salah seorang daipada nama-nama ini merupakan jurulatih tempatan.
“Kita memerlukan jurulatih taktikal untuk membantu Abdul Rahman dalam menyerapkan teknik-teknik baru untuk pasukan Terengganu”, katanya.
Beliau ditemui di sidang media selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBSNT di Wisma Seri Amar hari ini.
Dalam majlis sama, Wan Ahmad Nizam turut memperkenalkan beberapa pemain yang bakal bermain dengan pasukan Terengganu.
“Empat pemain baru yang turut akan beraksi dalam pasukan Terengganu merupakan Mohd Khairul Rosmadi, Mohd Radhi Mohd Yusof, Muhammad Hafizal Mohamad dan Muhammad Shahrin Sapien bagi menggantikan Mazlizam Muhammad, Faiz Subri, Norhakim Hassan dan Norfarhan Muhammad yang tidak lagi bermain untuk Terengganu.
“Bagi pemain import, kita mempunyai tiga nama dan hanya akan memilih dua orang sahaja. Ketiga-tiga pemain tersebut merupakan dari Brazil, Nigeria dan Lubnan,” ujarnya.
Wan Ahmad Nizam menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala bagi musim hadapan.

TAG