Terkini Marathon Gunung Gajah Terom : Unit Anjing Pengesan Digunakan Dalam Pencari Adik Rafikin

TERKINI : 2 Nov 2014
Misi mencari dan menyelamat diteruskan hari ke 2 yang mana Pasukan Penyelamat Malaysia (BOMBA) telah mengunakan Unit Anjing Pengesan dan juga PDRM  bagi menjejaki peserta yang hilang semasa kejohanan trek itu berlangsung.
Pencari bermula diawal pagi ini dan diikut dengan beberapa orang ranger hutan bagi menjejaki mangsa hilang tersebut.
Jumlah anggota yang digerakkan untuk SAR sekarang ini 40 orang termasuk 16 anggota bersama 2 ekor anjing pengesan dari unit K9.
Marilah kita sama-sama berdoa agar adik Rafikin selamat dan berada dalam keadaan yang baik.
DIKEMASKINI : 1 Nov 2014
1 November 2014 : Terengganu Times telah menerima info daripada perkongsian Internet dan WhatsApp berhubung kehilangan seorang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
Pelajar berkenaan telah dilaporkan hilang sewaktu mengikuti acara Marathon Gunung Gajah Terom (Kategori Junior) yang diadakan di Sekayu, Kuala Berang.
SUMBER:
Azman,50;  ayah kepada pelajar tersebut telah ke Sekayu untuk menjemput anaknya setelah acara marathon tersebut selesai. Walaubagaimanapun,  anaknya tidak kelihatan di lokasi penamat tanpa diketahui puncanya.
Ayah kepada pelajar tersebut kemudiannya memaklumkan kepada pihak penganjur tentang kehilangan anaknya itu; pihak urusetia bagaimanapun mendapati anak kepada pengadu hanya melalui checkpoint pertama trek perlumbaan tersebut tetapi tidak kelihatan pada checkpoint seterusnya hingga ke garisan penamat.
Insiden kehilangan pelajar tersebut seterusnya dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Menurut Azman, anaknya seorang yang aktif dalam sukan lasak. Merupakan seorang anak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran.
Mangsa juga dikatakan tidak membawa telefon bimbit bersama dan ditinggalkan di rumah.
Pasukan pencari dan penyelamat yang terdiri daripada JPAM, BOMBA dan Pihak Jawatankuasa Teknikal Penganjur masih berada di lokasi dan giat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Keadaan di lokasi mangsa hilang dilaporkan sedang mengalami hujan lebat.
TAG