BREAKING NEWS

Video seks UAI tersebar? Banyak Kekurangan Dari Segi Editor Visual



azhar_idrus1_L

Penyebaran video lucah seumpama ini merupakan pertama kali di Malaysia yang mengaitkan seorang pendakwah terkenal.
KUALA LUMPUR, 23 Oktober:
Sebuah video lucah mirip pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau UAI telah tersebar secara meluas di laman sosial.
Penyebaran video itu dipercayai bermula di blog ‘1cilipadi.blogspot.com’ yang telah memuatnaik gambar-gambar screenshot video itu dengan tajuk ‘Ustaz mu tunggu Video datang!’.
Ramai yang terkejut dengan penyebaran tersebut dan ramai juga yang mendakwa gambar tersebut disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana warna kulit di bahagian badan dan kepala tidak sekata.
Bagaimanapun, gambar itu terus menjadi pertikaian pengguna media sosial sehinggalah video pula dimuatnaik oleh pemilik blog itu.
Penyebaran video lucah seumpama ini merupakan pertama kali di Malaysia yang mengaitkan seorang pendakwah terkenal.uai_skandalvid_M
Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor ketika dihubungi berkata, jika benar gambar itu telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab, pelaku itu sebenarnya mempunyai masalah mental tanpa disedari oleh orang sekelilingnya.
“Terdapat sesetengah penguna internet menggunakan laman web, e-mel dan blog sebagai satu saluran untuk memfitnah dan menghasut. Lebih membimbangkan apabila saluran ini boleh melahirkan budaya melempar batu sembunyi tangan.
“Budaya tersebut semakin berleluasa sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta mencetus kemarahan orang lain yang membacanya,” katanya.
Menurutnya, terdapat banyak punca mengapa individu itu boleh bertindak sedemikian, antaranya kerana ingin mendapatkan perhatian, cuba meningkatkan pembaca di blognya atau merasai kepuasan dengan memfitnah orang.
“Memang terdapat individu yang puas apabila dapat mengenakan atau menjatuhkan orang. Individu seperti ini tergolong dalam golongan pesakit mental yang tidak suka melihat orang lain senang dan sering berfikiran negatif terhadap orang lain.
“Cara untuk menyelesaikan kes seperti ini ialah keluarga terdekat perlu membawa pesakit terbabit berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana jika tidak dibendung, penyakitnya boleh bertambah parah,” katanya.
Tambahnya, pesakit seperti ini sering menipu dan juga mempercayai tipu daya diri sendiri.
“Contohnya, pesakit telah menipu orang lain dengan berkata kawasan itu berhantu dan orang lain mempercayainya tetapi dalam masa yang sama dia juga boleh merasai ketakutan sama dengan orang lain kerana turut tertipu dengan helah sendiri dengan mempercayai kawasan itu berhantu.
“Ini terjadi apabila dia melihat ketakutan orang lain dan turut merasai ketakutan. Perkara sama juga berlaku dalam kes ini, dia telah menyunting gambar orang lain untuk memfitnah tetapi dalam masa yang sama, dia juga telah mempercayai fitnahnya biarpun mengetahui gambar berkenaan disunting,” katanya


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/10/23/video-seks-uai-tersebar/#ixzz3HnfBbHVk
TAG

No comments

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Name

Email *

Message *

-->