10 Gambar Kanak-kanak Lemas Dalam Longkang

Kuala Terengganu: Mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas selepas terjatuh di dalam longkang di Jalan Pusara, di sini, ditemui orang awam 700 meter dari tempatnya terjatuh 7.35 malam ini.

Mangsa Mohamad Zarul Adha Rusmadi, 6, dikatakan terjatuh ketika berjalan bersama sepupunya Mukriz Muzafar, 5, di tepi longkang sedalam 1.5 meter itu kira-kira 4.30 petang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Pegawai Bomba Kanan ll Badrul Hisham Othman berkata, mayat mangsa ditemui orang ramai yang turut sama menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bersama pihak berkuasa.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Sumber : Kak Zie

TAG