14 Gambar : FENOMENA Air Pasang BESAR Di Terengganu

Masjid Tereapung, Kuala Ibai
Gambar yang diambil oleh orang ramai yang melalui jalan-jalan dan juga kawasan yang mana berisiko dengan air pasang besar pada kali ini di bumi Terengganu.

Semalam (23.12.2014) telah mencatatkan kenaikan air pasang besar dan ia berterusan sehingga 25.12.2014 ini bagi seluruh negeri Terengganu.

Antara kawasan yang dinaiki air adalah kawasan berhampiran Muasa Sungai dan jajaran sungai yang ada di dalam Negeri Terengganu.

Antara kawasan yang terlibat dengan keadaan ini adalah seperti Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Kemaman, Setiu dan juga Besut yang mana kawasan persisiran pantai juga menerima Ombak yang Kuat.


KUALA TERENGGANU, 23 Dis (Bernama) -- Beberapa kawasan rendah di sekitar Bandaraya Terengganu ditenggelami air setinggi setengah meter sekitar pukul 10 malam tadi berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat.

Antara kawasan terjejas ialah Bazar Warisan, Pasar Payang, Waterfornt, Pulau Warisan, Pulau Kambing dan Batu Buruk.

Seorang peniaga di Pasar Payang, Abu Bakar Abdul Hamid, 55, berkata air mula naik pukul 9 malam dan dia sempat memindahkan barang niaganya ke tempat tinggi.

"Ini kali kedua Pasar Payang dinaiki air sejak 20 tahun saya berniaga di sini dan air naik secara mendadak," katanya kepada Bernama.

Seorang lagi peniaga Noraini Abdullah, 52, berkata dia juga sempat menyelamatkan beberapa barang niaganya setelah menyedari air semakin melimpah naik ke jalan sekitar pasar itu.

"Sudah lama kawasan ini tidak banjir dan malam ini tidak dijangka air akan naik setinggi ini," katanya.


Turut terjejas banjir ialah kawasan perumahan sekitar Seberang Takir dan beberapa kampung di Pulau Duyong.

Orang ramai turut memindahkan kenderaan mereka di sepanjang Jambatan Sultan Mahamud di sini.

Pantai Batu Buruk 2

Pantai Batu Buruk



Dataran Shah bandar Kuala Terengganu

Pantai Rusila, Marang

Parking Pasar Payang

Masjid Kg. Kubang Ikan , Chendering

Pengkalan Atap , Kuala Besut

Pasar Payang

Pasar Payang

A&W Batu Buruk

Jeti Seberang Takir


jambatan Kuala Besut

TAG