Anwar Didesak Letak Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor

KUALA LUMPUR 4 Dis - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya melepaskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekira...

alt

KUALA LUMPUR 4 Dis - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya melepaskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya beliau mempunyai integriti susulan penarikan darjah kebesaran "Datuk Seri" beliau oleh istana Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, meskipun ianya tidak berkaitan, namun imej Selangor tercalar susulan tindakan Anwar yang mencetuskan suasana huru-hara di Selangor ekoran tindakannya melaksanakan Langkah Kajang.

"Penarikan ini adalah atas kuasa dan hak mutlak tuanku, tindakan ini saya bersetuju kerana tindak tanduk dan tingkah laku Anwar berhubung kemelut dan krisis selama sembilan bulan lalu," kata Shamsudin, yang juga merupakan ketua pembangkang di Selangor.

"Oleh kerana darjah kebesaran itu ditarik, sudah sampai masanya, bagi saya, Anwar perlu menarik diri sebagai Ketua Penasihat Ekonomi Selangor.

"Memang ia tidak ada kaitan, tapi kita lihat dari segi integriti, imej tercalar disebabkan krisis dalam Pakatan Rakyat (PR)," tambahnya pada sidang media di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di Shah Alam hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran ketua pembangkang yang membawa gelaran “Datuk Seri” Anwar Ibrahim kerana sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor hari ini, penarikan Darjah Kebesaran Seri – Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.SA) yang dikurniakan kepada Anwar sejak 1992 itu berkuatkuasa pada 3 November.

Menurut kenyataan itu, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu berikutan beliau "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".

Kenyataan itu berkata, Sultan Selangor membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan Anwar tidak layak lagi memegang apa-apa anugerah.

Walaupun ditarik oleh Selangor, Anwar mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi anugerah yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang diterimanya pada 1999.

Shamsudin berkata, ekoran tindakan yang dicetuskan Anwar, pentadbiran kerajaan negeri sukar untuk memberikan tumpuan dalam urusan harian, lebih-lebih lagi ketika krisis itu berlarutan, kes denggi di Selangor sedang memuncak.

"Pada sembilan bulan itu, kadar kes denggi mengakibatkan 66 kematian.

"Masa itu tumpuan tidak dapat diberikan kerana masalah politik yang hebat sekali, pentadbiran kacau bilau," katanya.

Beliau turut berkata, Anwar juga gagal memainkan peranannya sebagai penasihat ekonomi Selangor dengan berkesan.

"Inilah kesan yang dibuat Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor," kata Shamsudin kepada pemberita.

"Saya harap hubungan PKR dengan istana dapat diperbaiki dengan pentadbiran baru," katanya.

Anwar dalam kenyataannya hari berkata beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan atau permintaan kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk S.S.S.A. yang membawa gelaran "Datuk Seri" kepadanya pada 1992, namun darjah kebesaran itu dikurniakan kepadanya atas perkenan bekas Sultan Selangor itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, Anwar berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun akan sentiasa menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan, dan demokrasi berparlimen di negara ini.

"Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Darjah Kebesaran S.S.S.A ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.

"Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya," katanya, dalam kenyataan itu, tanpa menggunakan gelaran "Datuk Seri"

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Anwar Didesak Letak Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor
Anwar Didesak Letak Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor
http://www.rakyatnews.my/images/october/Ketua-Pembangkang-Selangor-Shamsuddin-Lias.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/12/anwar-didesak-letak-jawatan-penasihat.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/12/anwar-didesak-letak-jawatan-penasihat.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy