#BAJET 2015 Terengganu :Berita Gembira Buat Peminjam PTPTN


Sejarah Negeri Terengganu tercipta dengan pembentangan BAJET 2015 dan satu-satunya Negeri seluruh Malaysia yang membentangkan Bajet RAKYAT seumpama ini didalam Sidang Dewan Undangan Negeri ke Tiga Belas hari ini.

Dalam ucapan BAJET 2015 pagi tadi perkhabaran gembira untuk para pelajar dari Negeri Terengganu yang membuat pinjaman dengan  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) keraja Kerajaan Negeri akan menanggung Caj satu peratus dalam Bajet tersebut.

Dalam ucapan YAB Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman  telah membentangkan dengan jelas akan perkara tersebut.

 “Dalam siri perjumpaan saya dengan pelajar-pelajar Terengganu di Universiti-universiti tempatan, isu kos sara hidup termasuk pinjaman melalui PTPTN seringkali dibangkitkan”.

“Bagi meringankan beban pelajar dan galakkan bayaran balik pinjaman hutang PTPTN, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menampung bayaran caj 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN yang dibuat oleh setiap pelajar”.

Sebelum itu juga dalam ucapan beliau menyatakan semakin ramai anak Terengganu yang mendapat tempat untuk melanjutkan pegajian tinggi di IPTA dan IPTS diseluruh Negara.


Oleh yang demikian Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan sebanyak RM 3 Juta bagi menyediakan kos tampungan melalui BAUCER bagi membeli computer riba sebanyak RM 500 setiap orang bagi meraka yang layak menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama bermula tahun 2015. terengganutimes.com
TAG