Bantuan DANA Sekolah Hujung Tahun INI

Bantuan Sekolah 3
Bantuan persekolahan bagi sesi persekolahan 2015 yang bernilai hampir RM12 juta bakal diagihkan menjelang akhir bulan ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.
Menurut beliau, kesemua murid yang layak akan menerima RM100 bagi membeli pakaian sekolah dan bermula tahun ini juga, bantuan akan diberikan melalui baucar bagi menggantikan wang tunai.
“Pengagihan akan dibuat mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh setiap wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan di kawasan terlibat.” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Pengurusan PIBG peringkat daerah Kuala Terengganu 2014 di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, hari ini. teganukita
TAG