CAA Resources : FITNAH Pesuruhjaya MAKAN Diri & Cermin Tahap AKAL Beliau?


Flyers FITNAH 1

Bukit Besi : PAS Terengganu Tembak Peluru Kapur

Kerajaan Terengganu sekali lagi menafikan penglibatan CAA Resources Sdn. Bhd. dan mana-mana anak syarikatnya termasuk Capture Bukit Besi Sdn. Bhd. dan Red Sun Resources Sdn. Bhd. dalam sebarang kegiatan perlombongan di negeri ini termasuk di Bukit Besi.

Penafian itu dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman semasa sesi penggulungan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Ketika ini, isu tersebut mula dijaja oleh pembangkang khususnya PAS.

Pemimpin PAS di Terengganu secara ‘tiba-tiba’ menjadi ‘pejuang’ Bukit Besi dengan hanya bersandarkan dakwaan Ketua Eksekutif CAA, Li Yang dalam satu temubual bersama New York Times pada 19 November 2014. SINI

Walaupun perkara itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Besar dan Dewan Pangkuan Diraja Terengganu pada 23 November lalu, namun sebahagian pemimpin PAS seolah-olah mahu ‘mempersetankan’ apa jua penjelasan kerajaan negeri.

Barangkali, inilah ‘peluang’ yang mesti digunakan sepenuhnya oleh kepimpinan PAS negeri yang diketuai ADUN Paka, Satiful Bahari Mamat bagi memberi gambaran kepada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak bersih dan penuh dengan penyelewengan.

Bagi PAS, laporan berita New York Times adalah tepat dan mesti dipercayai walaupun Kerajaan Terengganu telah menghantar surat bantahan kepada Wisma Putra berhubung dakwaan itu.

PAS melemparkan tuduhan tidak berasas termasuk melalui risalah dan ceramah selain membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 November lalu.

Pada 6 Disember lalu, PAS Kawasan Dungun melalui Yang Dipertuanya yang juga Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli mengumumkan penubuhan ‘Jawatankuasa Bertindak Isu Bukit Besi’.

Dalam keghairahan PAS ‘membedil’ kepimpinan Kerajaan Terengganu, mereka tidak terfikir takut-takut ‘senjata’ yang diasah itu ‘makan tuan’.

Merujuk kepada laporan tahunan 2013 CAA Resources, syarikat itu telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat swasta yang kononnya mempunyai hak perlombongan di Terengganu.

“Berasaskan penelitian dan siasatan, CAA Resources mahu pun anak syarikatnya tidak pernah wujud di Bukit Besi. Saya bimbang laporan yang dimaksudkan bukan di Terengganu, tetapi Kelantan. Jadi memungkinkan timbul kekeliruan seperti ini.

“Oleh itu, saya mohon pihak pembangkang buat juga siasatan di Kelantan berkaitan dengan dua MoU yang dibentang dalam laporan tahunan syarikat tersebut,” kata Ahmad Razif semalam.

Berdasarkan laporan tahunan itu, dua MoU telah ditandatangani di Kelantan membabitkan anak syarikat CAA Resources iaitu Capture Advanve di kawasan seluas 1,940 hektar di Kemahang 3 pada 1 Disember 2013.

MoU itu melibatkan Capture Advance dan JKKR Felda Kemahang3 dan Bukit Besi Mining Sdn. Bhd.

Adakah pemimpin PAS mentafsirkan Bukit Besi Mining Sdn. Bhd. sebagai ‘perogolan’ Bukit Besi di Terengganu?

Manakala MoU kedua melibatkan kawasan seluas 485 hektar di Tanah Merah pada 19 Disember tahun sama antara Capture Advance dan SRI Jedok Mining Sdn. Bhd.

Dalam keghairahan itu, diharap pemimpin PAS tidak lupa bahawa hal ehwal tanah dan galian adalah urusan kerajaan negeri atau Kerajaan PAS Kelantan.

“MoU itu bukan antara Kerajaan Terengganu sebaliknya membabitkan urusan dalam kalangan syarikat swasta sendiri yang tidak kena mengena langsung de¬ngan kerajaan negeri,” tambah Ahmad Razif.

Adakah PAS Terengganu sanggup membuat siasatan perlombongan besi syarikat yang mempunyai kaitan dengan CAA Resources di Kelantan.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar menyatakan hasil siasatan Pejabat Tanah dan Galian Negeri ke atas CAA Resources serta anak syarikatnya, Capture Bukit Besi Sdn. Bhd. dan Red Sun Resources Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:

1. Syarikat-syarikat itu tidak pernah berurusan dengan kerajaan negeri.

2. Syarikat-syarkat itu tidak pernah diberi kelulusan dalam aktiviti perlombongan oleh kerajan negeri di Bukit Besi atau Negeri Terengganu.

3. Syarikat-syarkat itu bukan sub-kontraktor atau operator kepada mana-mana syarikat perlombongan di Terengganu terutamanya di Bukit Besi.

4. Syarikat-syarkat itu tidak memiliki tanah lombong di Bukit Besi dan seluruh Terengganu.
Flayers FITNAH 2

Berkenaan pendapatan royalti bijih besi, Menteri Besar memberitahu perkara berikut:

1. Kerajaan Terengganu mengenakan caj royalti sebanyak 5 peratus bukan sahaja kepada syarikat yang melombong bijih besi bahkan kepada semua mineral lain.

2. Caj 5 peratus yang dikenakan ditetapkan dalam Enakmen Mineral (Terengganu) 2002.

3. Kaedah pengiraan royalti dan jumlah pengeluaran serta jualan bijih besi dibuat oleh Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu (JMG).

4. Pendapatan keseluruhan bagi dua tahun berakhir iaitu 2013 dan 2014 adalah sebanyak RM3,532,146.92 juta termasuk bayaran yang belum diterima sebanyak RM2,076,155.68 juta.

5. Jumlah jualan bagi dua tahun tersebut sebanyak 1,419,934.32 metrik tan.
Berikut kronologi isu berkenaan:

19 November 2014 – Ketua Eksekutif CAA Resources Sdn. Bhd., Li Yang
Antara dakwaan Li Yang dalam satu temubual bersama New York Times yang bertajuk “Chiese Interests Look To Malaysia For Cheap Iron Ore And Profits”.

1.Pernah membayar sejumlah AS$100,000 (RM336,250) kepada beberapa ahli politik bagi mendapatkan gelaran ‘Datuk’. Ia bertujuan memudahkan operasi lombong miliknya di Bukit Besi, Terengganu.

2. Membuka semula lombong bijih besi awal tahun 2014 dan telah mengeluarkan bijih sebanyak 500,00 tan.

21 November 2014 – Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah SPRM akan menyiasat perkara tersebut dan akan bertemu dengan Li Yang bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan tersebut.

23 November – Facebook ‘Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohamad’
Kerajaan didesak bertindak tegas menghentikan segera projek lombong bijih besi di Bukit Besi, Terengganu, yang kini dipercayai sudah dibeli sepenuhnya oleh sebuah syarikat China, CAA Resources, dimiliki taikun besi, Li Yang.

23 November 2014 – Dewan Pangkuan Diraja Terengganu
Menafikan ahlinya terbabit menerima wang atau lain-lain pemberian bagi membantu mana-mana individu, pertubuhan atau syarikat mendapatkan gelaran ‘Datuk’ di Terengganu.

24 November 2014 – Sidang Media Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman

1. CCA Resources tidak pernah berurusan dengan mana-mana jabatan kerajaan terutama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) atau Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri yang telah diamanahkan untuk mengawal tanah bekas lombong di Bukit Besi, Terengganu.

2. “Berdasarkan semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kita dapati syarikat ini bukanlah yang diperbadankan di Malaysia. Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan tersebut”.

3. “Dakwaan kononnya tiada kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) dilakukan juga adalah tidak benar, kerana untuk sesebuah syarikat mendapat pajakan lombong, terdapat 38 perkara yang perlu dipatuhi mengikut Enakmen Mineral Terengganu 2002 melibatkan enam jabatan kerajaan”.

4. Enam jabatan itu ialah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan negeri, Jabatan Bekalan Air dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

24 November 2014 – PAS Terengganu

1. PAS Terengganu membuat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil tindakan lanjut.

2. Hadir sama menemani beliau ke pejabat SPRM iaitu Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Kamaruzzaman Abdullah, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Setiausaha Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat PAS Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

3. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, “Kita (PAS) juga desak kerajaan Terengganu supaya bertanggungjawab sebab isu ini, Menteri Besar tak boleh ‘lari kepala’ atau ‘sapu tangan’ kata tak tahu,”

4. “Saya dapati laporan dalam artikel berkenaan mengandungi banyak unsur rasuah, salah guna kuasa dan ketidakpatuhan undang-undang awam dan mendesak supaya siasatan menyeluruh dijalankan,” kata Satiful.

1 Disember 2014 – Pemuda PAS Kawasan Dungun
Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dungun bagi mendesak dilakukan siasatan berhubung isu penyelewengan perlombongan bijih besi

3 Disember 2014 – Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman
Menteri Besar mengumumkan, Kerajaan Terengganu telah menghantar surat bantahan kepada Wisma Putra berhubung dakwaan itu. Surat itu diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk dipanjangkan kepada Wisma Putra bagi menafikan penglibatan syarikat CAA Resources dalam aktiviti perlombongan berkenaan.

6 Disember 2014 – PAS Kawasan Dungun
PAS Kawasan Dungun melalui Yang Dipertuanya, Wan Hassan Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun) mengumumkan penubuhan ‘Jawatankuasa Bertindak Isu Bukit Besi’ pada program ‘Edisi Bongkar Bukit Besi’ yang diadakan di Bandar Dungun.
TAG