Caj 6% Untuk Pengelauran Wang Dengan MEPS

GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank
Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 4:49 PM

PETALING JAYA: Pelanggan bank perlu membayar caj tambahan untuk beberapa perkhidmatan urusan bank sebaik sahaja Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April depan.
Menurut Kementerian Kewangan menerusi laman Facebooknya pada Jumaat, caj perkhidmatan oleh bank akan tertakluk kepada GST dan oleh itu pelanggan perlu membayar caj tambahan sebanyak 6%.

"Sebarang bayaran yang dikenakan oleh bank seperti caj MEPS, akan tertakluk kepada GST.

"Sebagai contoh, sekiranya pemegang kad Maybank membuat pengeluaran wang dari mesin ATM CIMB, caj MEPS adalah sebanyak RM1 dan kadar GST yang dikenakan adalah RM0.06," demikian menurut kementerian itu.

Namun, kementerian tersebut berkata, kadar GST tidak akan dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan iaitu RM100 ke atas.

Sementara itu, menurut laman web rasmi GST, pelanggan juga akan dikenakan caj GST bagi bayaran untuk insurans atau buku cek, penyediaan penyata bank, pemprosesan pinjaman, perkhidmatan arahan tetap dan perkhidmatan penyelenggaraan berhubung pembelian dan penjualan saham.

Walaupun GST dikenakan ke atas bayaran yang dikenakan, jumlah sebenar terlibat dalam transaksi seperti jumlah pengeluaran dan faedah yang dibayar untuk pinjaman tidak akan terjejas disebabkan cukai itu.  Adalah tidak benar bahawa kita akan dicharge 6% atas wang yang keta keluarkan melalui mesin ATM sepertimana diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkhidmatan dikecualikan GST

PUTRAJAYA 14 Okt. - Kerajaan telah mewartakan pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 2014 terhadap beberapa perkhidmatan berkaitan dengan kepentingan orang ramai antaranya pemilikan rumah, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Selain itu, menurut Warta Kerajaan Persekutuan berhubung perkara tersebut, pengecualian GST turut melibatkan lebuh raya bertol, perkhidmatan pengangkutan awam, operasi berkaitan urusan bank, pembiayaan pinjaman dan insurans nyawa serta perkhidmatan kewangan syariah.

Sehubungan itu, manamana tanah dan bangunan yang digunakan untuk tujuan kediaman, atau pertanian atau kegunaan am turut dikecualikan GST dan ini tidak termasuk hotel, rumah tumpangan, dan rumah penginapan.

"Bagi perkhidmatan pendidikan pula, taman asuhan kanakkanak, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah swasta, sekolah agama Islam di semua negeri serta pendidikan tinggi yang disediakan oleh penyedia institusi pendidikan tinggi yang diluluskan undangundang," menurut warta tersebut yang dipetik menerusi laman web Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Warta itu turut menggariskan beberapa pengecualian lain bagi maksud perkhidmatan pendidikan antaranya, bahan kursus, lawatan dan pengangkutan pelajar.

"Perkhidmatan pentadbiran berkaitan pendidikan seperti pendaftaran pelajar dan pengeluaran kad pelajar, perkhidmatan peperiksaan, pembekalan perkhidmatan, pembersihan dan penyelenggaraan, elektrik, gas, penyaman udara sebagai sebahagian daripada penyediaan penginapan pelajar turut dikecualikan GST.

"Makanan dan minuman yang dibekalkan oleh operator kantin di semua peringkat sekolah termasuk prasekolah sama ada kerajaan mahupun swasta juga dikecualikan," katanya.

Menurut warta itu lagi, turut dikecualikan adalah perkhidmatan penjagaan kesihatan yang merangkumi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan pihak swasta yang berdaftar.

"Perkhidmatan yang dimaksudkan meliputi perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi, dan ambulans.

"Ini juga termasuk sebarang perkhidmatan bagi pemeriksaan diagnosis atau rawatan seseorang yang menghidap apaapa penyakit kecederaan atau hilang upaya anggota badan," katanya.

Pada masa yang sama, perkhidmatan pengangkutan awam juga tersenarai dalam warta tersebut melibatkan perkhidmatan bas dan teksi yang menjadi kegunaan rakyat.

Walau bagaimanapun menurut warta tersebut, bagi bas dan teksi sewa tidak termasuk dalam senarai pengecualian GST.
Tambah warta itu, penyedia perkhidmatan rel yang dilesenkan di bawah Akta Keretapi 1981 serta kapal penumpang tidak termasuk kapal yang digunakan untuk rekreasi atau keseronokan turut mendapat pengecualian GST.

TAG