Darjah Kebesaran Anwar Ditarik BALIK - ISTANA SELANGOR

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

Katanya, gelaran Dato' Seri itu ditarik balik berkuatkuasa  3 November lalu oleh Istana Selangor, ekoran tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013, yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam, yang Sultan mempunyai kuasa eksekutif serta sebagai Ketua Agama.

TAG