Final Pertama Suzuki Cup 2014

Debaran final AFF Suzuki 2014 kian terasa…nervous pula nak tonton perlawanan separuh akhir pertama Harimau Malaya menentang Thailand malam ini. Pada yang tidak dapat pergi ke Bangkok tu jangan lupa tengok Live di Fox Sports dan Fox Sports 3 pada pukul 8 malam ini yer.

Dengar-dengar tiket yang di khaskan untuk penyokong Harimau Malaya sudah habis dijual. Timbalan Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Thailand, Theerapong Wattanawongpinyo berkata Thailand memperuntukkan 3,000 tiket kepada pasukan pelawat dan kali ini tiada langsung tiket dikembalikan.

Dan yang paling best, ada penyokong pandu Kancil dari Melaka ke Bangkok semata-mata mahu menyokong pasukan negara..Woww! Satu semangat yang harus dipuji.

Ramai juga penyokong Malaysia yang akan membanjiri Stadium Rajamangala, mesti rancak nih. Harap-harap  kita dapat lihat kelibat kepten Harimau Malaya Muhammad Shukor Adan sebab pada awalnya dia dilaporkan mengalami kecederaan.

Sama-sama lah kita doa agar dia cepat sembuh dan dapat beraksi berjuang bersama di dalam pertarungan epik menentang Thailand malam ini.

Tetapi haaa…ada tapinya pulak…jangan kita pandang rendah pada skuad bimbingan  Kiatisuk Senamuang yang juga bekas pemain antarabangsa negara ni. Ingat tak yang kita tewas pada Thailand pada game yang lepas.

Kalau tengok diorang main…pehhhhh…macam tak ada rasa penat langsung, asyik kejar bola jer. Skuad bimbingan Dollah Salleh pun tidak kurang hebatnya. Peminat bola sepak negara mengharapkan keajaiban berulang seperti yang berlaku pada 2010.

Safee yang meledak lima gol pada 2010 memberitahu yang semangatnya semakin berkobar-kobar untuk memburu kejuaraan dan mahu memburu lebih gol untuk perlawanan kali ini.

Hurm..harap-harap menjadi la yer magis Dollah Salleh yang digunakan untuk menetang Thailand pada malam ini. Semoga sukses untuk 'Pablo' Dollah Salleh malam ni..Tira/UtaraNews.com

TAG