Guna Tukol Besi Hentak Mangsa

Guna penukul besi untuk pukul orang sehingga mati. Padahnya, dua orang remaja ditangkap polis. Menurut polis, mangsa Zemir Begic seorang warga Bosnia berusia 32, berada di dalam keretanya ketika sekumpulan remaja tiba-tiba datang dan terus merosakkan kereta Zemir. 

Insiden berlaku di Saint Louis, Missouri, Amerika Syarikat. Zemir yang mengalami kecederaan teruk di kepala, perut, muka dan mulut meninggal dunia di hospital. Insiden pantas mencetuskan kemarahan penduduk setempat. 

Sambil mengepung sebuah persimpangan di saint louis, mereka menganggap insiden itu tidak patut berlaku. Dua orang lagi suspek diburu polis. 
TAG