KACKER Vietnam GODAM Portal FAM - Balas DENDAM

Nampaknya, banyak ‘drama’ berlaku sejak berakhirnya perlawanan Piala AFF antara Malaysia dan Myanmar.
Daripada insiden pergaduhan membawa kepada pengharaman dan pembubaran Inter Johor Firms (IJF) yang dikaitkan dengan keganasan, terbaharu laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula digodam.
Penggodam telah menukar muka depan laman web tersebut dengan ayat bahasa Vietnam yang antaranya bermaksud ‘mereka bermain dengan sangat teruk’ selain ayat bahasa Inggeris berbunyi ‘bad play fans Malaysia’.
Susulan itu, laman web FAM terpaksa ditutup untuk penyelenggaraan dan hanya mesej “Laman ini ditutup untuk penyelenggaraan. Sila semak kembali tidak lama lagi” terpapar apabila ia dibuka.
Menerusi kenyataan Facebook FAM menjelaskan, laman mereka sememangnya telah diceroboh dan sedang menyelesaikan perkara ini.
fb fam
Dalam posting sama FAM sempat memohon maaf kepada penyokong Vietnam ekoran insiden gaduh yang tercetus pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam.
Selain meminta maaf FAM menegaskan bahawa mereka mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak malah menulis “LOVE FOOTBALL AND STOP HOOLIGANISM”.
Difahamkan susulan insiden ganas di Stadium Shah Alam, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung tindakan liar penyokong Harimau Malaya yang mencederakan penyokong Vietnam gara-gara kekalahan negara 2-1.– MYNEWSHUB.CC
TAG