KADAR KEMISKINAN TERENGGANU MENURUN LAGI?

SEJAK menerajui pemerintahan di Terengganu pada 2004, banyak perubahan telah dibawa oleh Barisan Nasional (BN) terhadap negeri ini teruta...

SEJAK menerajui pemerintahan di Terengganu pada 2004, banyak perubahan telah dibawa oleh Barisan Nasional (BN) terhadap negeri ini terutama dalam membantu mengeluarkan penduduk dari belenggu kemiskinan.

Berdasarkan laporan banci pendapatan isi rumah tahun lepas yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini, keadaan kemiskinan di Terengganu menunjukkan perubahan memberangsangkan berbanding 2004.

Kadar kemiskinan negeri turun daripada 15.4 peratus pada 2004 kepada 6.5 peratus tahun lepas dan ini diikuti pengurangan bilangan isi rumah miskin daripada 30,860 orang kepada 13,164 orang bagi tempoh yang sama.

Kemiskinan tegar di negeri ini juga menurun daripada 4.4 peratus kepada 0.8 peratus dalam tempoh yang sama dan ia diikuti pengurangan bilangan isi rumah miskin tegas kepada 1,660 orang berbanding 8,300 orang pada 2004.

Laporan itu jelas menunjukkan usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan golongan miskin di Terengganu menerusi program-program pembangunan sosio-ekonomi telah membuahkan hasil yang diharapkan.

Usaha-usaha berkenaan dilihat sejajar dengan usaha Kerajaan Pusat yang mahu menghapuskan miskin tegar menjelang 2010.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim berkata, sehingga 1 Mac lalu, sebanyak 193 keluarga miskin di bandar raya ini dibantu dengan pelbagai bantuan yang disediakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM448,480 telah disediakan membantu keluarga berkenaan yang melibatkan bantuan penyewaan perumahan dan latihan kemahiran untuk menjana pendapatan.

“Bantuan bersifat sementara itu diberikan sehingga mereka mampu untuk menjana pendapatan sendiri dan keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya.

Selain dua bantuan berkenaan, katanya, bantuan kemasukan ke sekolah dalam bentuk peralatan persekolahan untuk setiap anak bersekolah, bantuan kemasukan ke institut pengajian tinggi sehingga RM1,000 dan bantuan pengangkutan sekolah sebanyak RM30 sebulan untuk setiap pelajar juga disediakan untuk keluarga miskin bandar.

“Bantuan kos jagaan anak-anak bagi ibu bekerja kali pertama atau bekerja semula sehingga RM200, bantuan kos pengangkutan ibu sebanyak RM50 sebulan, bantuan kos rawatan dialisis buah pinggang sehingga RM60 setiap sesi turut disediakan,” tambahnya.

Beliau menambah, bantuan ihsan sehingga RM2,000 juga disediakan untuk mereka yang diberhentikan kerja disebabkan masalah syarikat, menganggur lebih tiga bulan, hilang upaya dan kematian ketua keluarga.

Dalam pada itu, kerajaan negeri pula telah menempatkan kira-kira 2,000 keluarga miskin di rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) setiap tahun sejak 2004.

Melalui peruntukan kira-kira RM35 juta untuk pembinaan projek perumahan tersebut, keluarga miskin dapat mempunyai tempat berlindung daripada panas dan hujan.

Keluarga miskin itu juga cukup bertuah apabila mulai dua tahun lepas, mutu dan reka bentuk rumah-rumah PPRT itu juga telah dipertingkatkan untuk memberi keselesaan kepada penghuninya.

Rumah tersebut yang mempunyai tiga bilik serta berkeluasan 52.2 meter persegi itu menggunakan bahan yang lebih ringan dan mudah diurus dikenali sebagai Autoclaved Lightweight Block (ALC) digunakan bagi memastikan rumah-rumah berkenaan boleh dibina dengan lebih cepat.

Kerajaan negeri pada tahun lepas juga turut membelanjakan sebanyak RM15 juta bagi membantu membaik pulih 1,920 unit rumah untuk penduduk miskin.

Sementara itu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) juga turut memainkan peranan dalam membantu kerajaan negeri membasmi kemiskinan.

Yayasan berkenaan pada tahun lepas telah memperuntukkan RM11 juta untuk diagihkan kepada kira-kira 2,000 orang golongan daif dan termiskin di negeri.

Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustafa berkata, peruntukan itu melibatkan dua peringkat membantu golongan terbabit meningkatkan pendapatan mereka.

Menurutnya, untuk peringkat pertama, pihaknya telah membelanjakan RM3.5 juta iaitu bantuan berupa peralatan dan modal perniagaan kepada 900 rakyat termiskin.

Katanya, sejumlah RM7.5 juta peruntukan bagi peringkat kedua akan diagihkan kepada golongan terbabit sebelum akhir tahun ini.

“Semua penerima terdiri daripada peserta Program Pemulihan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana mereka layak untuk mendapat bantuan tersebut.

“Bantuan disalurkan oleh kerajaan Terengganu untuk memberi suntikan modal kepada golongan miskin menjalankan perniagaan bagi menambahkan pendapatan keluarga mereka,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,139,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,654,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1334,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: KADAR KEMISKINAN TERENGGANU MENURUN LAGI?
KADAR KEMISKINAN TERENGGANU MENURUN LAGI?
http://4.bp.blogspot.com/-6JdUl4YInBI/VIayf7Ha7DI/AAAAAAAABNs/SU49ntrU3v4/s1600/RM30%2BJuta%2BRumah.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-6JdUl4YInBI/VIayf7Ha7DI/AAAAAAAABNs/SU49ntrU3v4/s72-c/RM30%2BJuta%2BRumah.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/12/kadar-kemiskinan-terengganu-menurun-lagi.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/12/kadar-kemiskinan-terengganu-menurun-lagi.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy