Kami SOKONG Sepenuhnya Usaha KERAJAAN

Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris
Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris
KUALA TERENGGANU- Pergerakan  Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu  melalui Ketuanya Datuk Dr. Najmir Faiz Mohamad Aris menyokong sepenuhnya arahan penutupan premis perniagaan selama dua jam ketika solat Jumaat oleh kerajaan negeri Terengganu.
 
Menurutnya, usaha ini sangat baik untuk mengelakkan daripada kaum lelaki yang beragama Islam ponteng solat Jumaat.
 
“Keprihatinan kerajaan negeri Terengganu terhadap kewajipan setiap insan yang beragama ISLAM untuk solat Jumaat harus dipuji dan diharap usaha-usaha untuk mendaulatkan Islam serta pengamalannya dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.
 
Semalam Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, mengarahkan penutupan premis perniagaan pada hari jumaat mulai 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang bermula januari tahun depan semasa Persidangan Dun negeri Terengganu.
TAG