Laut Bergelora, Angin Kencang Melanda Terengganu berterusan 2 hari lagi

Laut Bergelora
Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dan laut bergelora kategori dua dijangka berterusan di kawasan perairan Labuan dan Miri sehingga esok.

Menurut kenyataan jabatan itu, angin kencang berkelajuan antara 40 dan 60 kilometer sejam (km/j) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pesisiran pantai termasuk perkhidmatan feri.

Jabatan itu turut meramalkan angin kencang timur laut dan laut bergelora kategori pertama dijangka berterusan sehingga esok di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur dan Sarawak (Bintulu, Mukah, Kuching).

Keadaan sama dijangka berlaku di Condore, Reef North, Reef South, Samui, Tioman, Bunguran, Palawan, Layang-Layang dan Labuan.

Sementara itu, keadaan ribut petir di perairan Perak, Terengganu, Pahang, Johor timur, Selat Melaka dan Tioman dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter, sekali gus bahaya kepada bot kecil. - Bernama
Angin Kencang




TAG