Nor Jazlan Nafi Keluar UMNO - Negara Pakatan Rakyat

Difahamkan bahawa perbicangan masih berjalan tapi besar kemungkinan Isnin depan, Pakatan Rakyat akan menambah satu lagi kerusi parlimen bila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamad Rahmat akan membuat keputusan terbesar dalam hidupnya dengan mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR. Penafian SINI

Bagi meraikan ‘pengorbanan’ besarnya itu, Nur Jazlan disebut-sebut akan dilantik menjadi Naib Presiden PKR, kerana satu dari lima kerusi jawatan tersebut masih kosong berikutan tindakan Datuk Ghafur Salleh membatalkan hasrat untuk melompat parti beberapa bulan lepas, walaupun telah menyatakan persetujuan secara dasar. Info SINI

Menurut sumber, kekecewaan Nur Jazlan kepada UMNO sudah lama tapi bertambah parah bila namanya tidak tercalon sebagai salah seorang anggota kabinet dan hanya diberi jawatan bertaraf rendah seperti Pengerusi PAC di Parlimen sahaja.. Barkaitan SINI

Ahli Parlimen yang jauh lebih junior seperti Ahmad Dahalan dan Khairy Jamaludin pula diberi peluang oleh Najib untuk menjadi menteri dan ini sangat mengecewakan anak bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat ini.
Sebagai langkah awal untuk menyertai PKR, Nur Jazlan telah menyatakan sokongan terbuka kepada aktivis pelajar naungan Pakatan Rakyat, Adam Adli dan menyifatkannya sebagai hero pelajar.  Sokongan ini dinyatakannya dalam forum ‘Freedom of Expression Under Threat?” anjuran Pakatan Rakyat kelmarin.

Walaupun tindakannya untuk melompat parti ini tidak disenangi pengundi BN yang memenangkannya dalam PRU13 yang lepas, tapi apa boleh  buat, tidak ada peruntukkan undang-undang mahu pun perlembagaan yang boleh menghalang mana-mana wakil rakyat dari melompat parti.

Nur Jazlan sendiri sudah tidak kisah dengan tindakan yang bakal dikenakan UMNO berikutan tindakannya itu nanti dan bersedia untuk beralih kerusi di Parlimen.

TAG