Penerbangan MH2 terganggu. MAS kecoh lagi

Datuk Bandar London, Boris Johnson yang baru sahaja menamatkan lawatan rasmi di Asia Tenggara berdepan satu detik cemas dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang ke kota London.


Beliau yang menjadikan negara ini sebagai tempat terakhir dalam lawatannya telah berlepas menggunakan pesawat MAS dari Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam pesawat bagaimanapun berlaku satu kekecohan apabila seorang penumpang tiba-tiba bertindak seperti orang hilang akal, tidak diketahui puncanya tetapi berada dalam keadaan mabuk.

Melalui twitter yang dikirim oleh salah seorang penumpang yang turut sama berada dalam pesawat menunjukkan gambar beberapa krew MAS berusaha sedaya upaya bergelut untuk menenangkan lelaki tersebut. Johnson dan beberapa penumpang lain turut sama membantu namun gagal.

Keadan dapat dikawal sehingga kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Nama penumpang berkenaan tidak didedahkan, namun dilaporkan dia adalah warga Britain berusia 43 tahun. SINI

TAG