Penjualan Tiket Online Piala AFF SUZUKI Akhir Dibuka Esok...

Penjualan tiket menerusi atas talian atau online untuk perlawanan akhir kedua piala AFF Suzuki 2014 Sabtu depan akan mula dijual mulai esok sehingga Rabu depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas membuat tinjauan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Turut hadir, Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad.

Hamidin berkata, sebanyak 2,500 tiket diperuntukkan kepada penyokong Thailand.

Kata beliau, di Bangkok nanti, sebanyak 2,500 tiket disediakan untuk penyokong Malaysia dan jumlah sama juga akan kita peruntukan kepada mereka.


TAG