Report POLIS Sudah Dibuat & Penyebar Bakal Diambil Tindakan?

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membuat laporan polis berhubung sepucuk surat rasmi kementerian itu di mana pihak ketiga didakwa sengaja meminda perkataan 'kemajuan' menjadi 'kemaluan'.


Laporan itu dibuat di balai polis Seremban 2 semalam.

Kementerian itu juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pengedaran keratan surat itu.

Surat itu ditandatangani oleh Mohd Alfian Alwi bagi pihak pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka.

"Hasil semakan kementerian mendapati salinan surat asal yang ditandatangani oleh pegawai tersebut telah sengaja dipinda.

'Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej kementerian," kenyataan kementerian itu dipetik.

Surat yang disunting itu beredar di media sosial minggu ini.
TAG