SAHTIPU Mahukan RAZIF Berikan Peruntukan Kepada Pembangkang Terengganu???

Ketua Pembangkang merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahari Mamat mengucapkan Tahniah kepada YAB Menteri Besar Terengganu kerana telah menggunakan potongan ayat Al-Quran semasa membuka (Suruh Aali’ Imraan, ayat 26) dan menutup (Surah Hud, ayat 88) semasa pembentangan BAJET 2015 semalam.

Dalam ucapan perbahasan pagi ini, beliau menyentuh beberapa perkara dan antara pasal kadar kemiskinan Negeri Terengganu yang mana tertinggi dalam Negara katanya.Klik Sini( Fakta Tiada...)

Negeri Terengganu juga adalah sebuah negeri yang mana kos hidupnya tertalu tinggi dalam Malaysia yang mana telah dipetik dari beberapa artikel dalam media sosial. (lagi FAKTA Boleh bla…)

Disini penulis berkongsi FAKTA dari sumber yang saheh dari Perangkaan dan “….dari sebuah termundur di Malaysia ini serta pada tahun awal 70 ‘an dahulu Allah telah menanugerahkan Terengganu dengan penemuan petroleum dan juga telah merubah lanskap serta nasib rakyat Terengganu”.

KADAR KEMISKINAN Terengganu : FAKTA

1. 1970 : 68% - Awal Pertemuan Petroleum
2. 2002 : 14.9% - Pas Perintah Terengganu
3. 2004 : 15.4% - Pas Perintah Terengganu
4. 2007 : 6.5%
5. 2009 : 4.0%
6. 2012 : 1.7%

FAKTA diatas bagaimana SAHTIPU boleh mengatakan Terengganu adalah negeri termundur dan kadar kemiskinan tertinggi dalam Malaysia ini. DIMANA RUJUKAN ADUN PAKA itu???

Terengganu juga adalah salah satu negeri yang mencatatkan  PERTUMBUHAN Ekonomi tertinggi dalam Dalam Malaysia dengan pertumbuhan Ekonomi Negara dalam 4.7% pada 2012-2013.

Disini sekali lagi FAKTA Pertumbuhan Ekonomi Negeri-Negeri dalam Malaysia pada tahun yang sama :-

Pada tahun 2012 Terengganu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.5 peratus dan tahun 2013 4.6 peratus dan 0.1% kurang dengan pertumbuhan ekonomi Negara.

Tahun yang sama juga negeri-negeri lain juga mencatat pertumbuhan yang hamper sama dengan antaranya Kedah(4.6%), Penang(4.6%), Serawak(4.2), Kelantan(3.6%), Negeri Sembilan(3.5%), Melaka(3.2%) dan Sabah (3.0%).

Manakala dalam perbahasan itu juga Beliau dalam KIASAN BAHASA mahukan peruntukkan dari kerajaan negeri dengan menyatakan pada Zaman Pas mentadbir dahulu juga memberi peruntukan kepada ADUN UMNO/BN pada masa itu. (cakap terus terang lag SAHTIPU)…

Memang betul Zaman 1999-2004 dulu ada berikan kepada UMNOBN akan tetapi setiap peruntukkan itu ADUN BN kena tandatangan KELULUSAN Jawatankuasa Syura Rakyat(JSR) pada ketika itu. 

Apakah MAKNAnya Seorang ADUN kena mintak kelulusan JSR untuk guna PERUNTUKKAN pada masa itu???? Dan sebab itulah Adun BN tidak menggunakan apa-apa bantuan dari PAS kerana SALAH guna KUASA yang melampau dari PAS Terangganu 1999-2004?

CAKAP JE LAH SHAHTIPU... PAS NAK DUIT DARI KERAJAAN BN...hahaha

TAG