SANGGUP DiToreh MUKA Dari Hilang Kehormatan DIRI - Syafiqa

Walaupun sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut yang akan kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda dan tabah ...

Walaupun sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut yang akan kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda dan tabah dalam menempuh dugaan tersebut.

Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.

Sambil mengakui menderita dengan musibah yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit.

“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah.

“Bagaimanapun, kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman di sini hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Mas Ermieyati turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada mangsa selain memberi sokongan moral kepada gadis berkenaan.

Dalam kejadian Ahad lalu, Nur Syafiqa terpaksa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh ke rumahnya di Kampung Wakaf Berangan di sini.

Tambah Nur Syafiqa, keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya masih berjahit dan kini dia fokus untuk mendapat rawatan susulan.

“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan dengan penjenayah itu.

“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,” katanya.

Sementara itu, Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan.

Katanya, hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini.

“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu.” katanya.
Dalam pada itu, Nur Syafiqa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah tampil memberikan sokongan dan bantuan termasuk kesediaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mahu menyediakan pakar pembedahan plastik bagi membantunya.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Puteri UMNO yang sanggup menyediakan sesi kaunseling dan HUSM pula menyediakan pakar rekonstruktif bagi membantu memulihkan muka saya,” katanya.

Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu mangsa Hat Tema Mat Zin, 58.

Menceritakan kejadian malang itu, anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia hanya teringat mati lebih-lebih lagi apabila penyamun itu tidak menghiraukan rayuan, sebaliknya terus mencederakannya.

“Saya guna kedua-dua tangan untuk melindungi muka dan menangkis serangan lelaki itu.

“Namun, dia cepat menoreh muka dan sedar-sedar saja, saya rasa muka ngilu dan panas apabila darah mengalir dengan banyak dan tangan juga terasa perit. 

Akibat tidak tahan, saya cuba lawan dan menjadi agresif dan ketika itu, dia keluar dari bilik dan saya mengambil kesempatan mengunci pintu,” katanya
Nur Shafiqa berkata, dia bersyukur kerana diberikan kekuatan mempertahankan diri walaupun teruk dikerjakan penjenayah, malah dalam keadaan lemah itu masih sempat meminta bantuan daripada jiran.

Menurutnya, dia tidak pasti nasib dirinya jika tiada jiran mendengar jeritan itu, malah dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

“Kejadian itu begitu pantas dan penjenayah menceroboh masuk pun seperti halimunan. Saya tidak hanya ditarik keluar dari bilik air, malah kepala turut diketuk dengan objek tumpul.

“Ibu juga cedera ditumbuk beberapa kali di muka. Syukur adik saya selamat kerana sempat bersembunyi di bawah katil,” katanya yang hanya membuka pintu bilik apabila jiran memenuhi rumah mereka untuk membantu.

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: SANGGUP DiToreh MUKA Dari Hilang Kehormatan DIRI - Syafiqa
SANGGUP DiToreh MUKA Dari Hilang Kehormatan DIRI - Syafiqa
http://4.bp.blogspot.com/-lVgu2UCZ9fY/VH_VKOmcA0I/AAAAAAAABI0/0Xq9COX8hnc/s1600/20141204_112600.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-lVgu2UCZ9fY/VH_VKOmcA0I/AAAAAAAABI0/0Xq9COX8hnc/s72-c/20141204_112600.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/12/sanggup-ditoreh-muka-dari-hilang.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/12/sanggup-ditoreh-muka-dari-hilang.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy