Segenap Berita Hari ini

BERITA HARI INI: 15/12/2014. 4TR4
1. Pembayaran pertama BR1M 2015 akan dibuat pada 28 Januari nanti.
2. Pelakon wanita berusia 33 tahun yang berlakon dalam filem Ngangkung di tangkap berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium di Ukay Perdana, Hulu Kelang Selangor.
3. PM minta masyarakat India di Malaysia bersatu dalam ucapan di perasmian pemilihan Parti IPF.
4. Wang berjumlah RM129,000 milik 7 warga Indonesia dan 2 warga tempatan lesap dilarikan seorang agen kiriman wang berbangsa Cina di Subang Jaya.
5. Seorang warga Itali di temui pengsan depan Pusat Hiburan Raggae Mansion di Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang di percayai bergaduh dengan pelanggan lain.
6. Pegawai SPRM ,Penolong Pesuruhjaya Mohan Munusamy dilantik sebagai Pegawai Perisikan Jenayah Interpol di Perancis untuk tempoh 3 tahun.
7. Polis sahkan telah merampas 31 buku agama Kristian drp sebuah kedai di Tangkak, Ledang ,Johor kerana mengandungi perkataan Kalimah Allah.
8. UMNO Bukit Mertajam membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang dipetik dalam 1 portal berita bahawa dia memberi kebenaran kepada bukan Islam untuk mengguna Kalimah Allah di Pulau Pinang.
9. Perlis bakal menjadi pengeluar utama sayuran bermutu tinggi.
10. Seramai 2000 sukarelawan diperlukan bagi Program Khidmat Bantu di rumah kebajikan warga emas dan anak yatim.
11. Kecenderungan pekebun sayur memasang rumah bumbung plastik di Cameron Highland adalah antara punca banjir.
12. Sebanyak RM18 juta di peruntukan oleh kerajaan BN untuk membiayai bil elektrik penduduk miskin di Kelantan.
13. Sejak operasi pada 22 November hingga kini seramai 347 pendatang tanpa izin telah ditahan di Cameron Highland.
14. Kementerian Pertanian sasar mewujudkan 600 usahawan dalam projek ternakan batu karang dalam tempoh 2 tahun.
15. Setiap tahun SSM bubar 20,000 pendaftaran perniagaan dan 1,500 syarikat kerana tidak aktif, melakukan kesalahan dan bankrap.
16. PERKASA berkata mereka bukan puak pelampau tetapi berjuang untuk membela agama, negar
a dan bangsa.
17. Pengantin perempuan berusia 15 tahun berkahwin dengan teman lelaki nya yang berusia 21 tahun dalam 1 majlis di MITC Melaka bersama pasangan warga emas berusia 63 tahun dengan wanita mualaf berusia 43 tahun.
18. Maritim Terengganu menahan 2 bot nelayan Vietnam dan merampas tangkapan hasil laut seberat 5 tan.
19. USM dikritik kerana projek pembinaan yang gagal di siapkan di kampus cawangannya sejak tahun 2009 yang bernilai RM324 juta.
20. Pasukan Pelindung Haiwan terbiar menyerbu dan menyelamatkan lebih 100 binatang yang terkurung dalam keadaan daif dan tidak terurus di sebuah banglo di Subang.
21. Kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang DUN khas pada 29 Disember untuk membincangkan 2 enakmen jenayah sebelum membuat usul pelaksanan hudud di parlimen. Sejak usul ini dibentangkan dlm thn 1999 lagi semua ADUN UMNO Kelantan menyokong penuh usul ini.
22. Hari Larian Anjing yang pertama dan membabitkan 250 penyertaan berlangsung di Pulau Pinang kelmarin.
23. Wanita kelahiran Pulau Pinang, Sonia Sharma menang Miss United Nations Ambassador 2014 di Jamaica.
24. Bek kiri Harimau Malaya Mohd Zubir Mohd Azmi berkata dia mungkin kini menjadi pembantu kedai yang menjual mesin jahit di Kuala Terengganu jika tidak memilih bolasepak sebagai tumpuannya.
25. Air Asia sambut ulangtahun penubuhannya yang ke-13.
26. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP berkata Pakatan Rakyat perlu memutuskan mengenai bakal PM andai mereka berkuasa nanti dan mahu PAS menggugurkan semua pelan melaksanakan hudud dalam agenda mereka. DAP juga berkata bahawa PAS harus keluar drp Pakatan Rakyat jika mahu meneruskan usul tersebut kerana PKR dan DAP tidak pernah bersetuju dgn PAS.
27. Pasangan yang menjual burger di Kubang Kerian di tahan polis kerana turut menjual pil kuda di gerai mereka.
28. Percubaan seorang lelaki yang murung kerana kematian ibunya untuk membunuh diri dengan cara melompat dari Jambatan Pulau Pinang gagal bila di selamatkan orang ramai.
29. Orang ramai di minta memberi maklum balas berhubung Projek Tanjung Ar
u
di Kota Kinabalu, Sabah.
30. Polis menyerbu sebuah pusat urut di Sunway Mentari, Petaling Jaya yang turut menayangkan filem lucah kepada pelanggan nya.
31. Presiden PASMA berkata PASMA akan meneruskan kempen penambahan ahli PASMA walaupun ada sebahagian pimpinan PAS Negeri yg menolak ahli PAS menyertai PASMA.
TAG