SISTER In ISLAM Dibenar Semak FATWA - Giler?

Mahkamah Tinggi Rayuan Dan Kuasa-Kuasa Khas membenarkan badan NGO,  Sister In Islam,  SIS ,  membuat semakan kehakiman terhadap keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang memfatwakan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran islam. 

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Asmabhi Mohammad dibawah Aturan 53,  Kaedah - Kaedah Mahkamah 2012. Mahkamah menetapkan pengurusan kes berikutnya pada 24 Disember ini.

Pada 17 Julai lalu Jawatankuasa Fatwa Selangor telah mengeluarkan fatwa berhubung SIS dan mewartakanya pada 31 Julai 2014; Menyatakan badan NGO itu sebagai sesat dan menyeleweng kerana didakwa berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama. 


TAG