SKMM Sedang Kumpul Seberan FITNAH

KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat mengumpulkan maklumat bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung situasi banjir di negara ini.
Menterinya, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya memandang serius isu ini dan menyerahkan kepada pihak peguam negara untuk tindakan seterusnya.
“Jangan mudah menyebarkan maklumat yang belum ada kesahihannya, malah berhati-hati apabila mendapat sesuatu maklumat.
“Jangan pula menjadi sebahagian individu yang berkongsi dan turut penyebar maklumat palsu,” katanya selepas melawat RTM Kelantan di sini, hari ini.
Menurutnya, menyebarkan maklumat palsu boleh menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.-sinar


TAG