TAHNIAH Haji Abdul Hadi Awang...

Pas nampaknya begitu ghairah dengan kemenangan yang berpihak kepada Presidennya, Abdul Hadi Awang dalam kes saman calon PKR, Bukit Besi.

Namun ia amat melakukan hati para pimpinan PKR yang menjadi pakatan mereka, khususnya PKR Terengganu di bawah pimpinan YB Azan Ismail (Adun Bandar).

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu beberapa hari lalu menolak saman fintah RM2juta bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap DS Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintah Mohd Shamsul membayar kos RM10 ribu kepada Abdul Hadi.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi iaitu Asmuni Awi berkata kepada wartawan, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan atau kenyataan atas kepentingan umum.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sebelum ini menegur saksi calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin kerana bersikap berdolak dalih semasa memberi keterangannya, lapor Exco Pemuda PAS Terengganu, Faizul Abas.

Faizul yang mengikuti perbicaraan calon PKR saman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu melaporkan saksi calon PKR, Azan Ismail enggan menjawab secara telus soalan-soalan yang dikemukakan peguam Asmuni Ani, peguam yang mewakili Abdul Hadi.

“Hakim menegur saksi agar menjawab soalan kerana jika tidak, sampai 2 jam pun tidak habis lagi…

“Peguam defendan (Abdul Hadi) bertanya adakah nama plaintif (Mohd Shamsul) disebut oleh defendan dalam ceramahnya. YB Azan berdolak dalih …,” lapornya.

“Peguam defendan (Abdul Hadi) bertanya adakah nama plaintif (Mohd Shamsul) disebut oleh defendan dalam ceramahnya. YB Azan berdolak dalih …,” lapornya.

Lapornya, YB Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata beliau yakin Abdul Hadi merujuk kepada Mohd Shamsul sebagai pengedar pil kuda kerana calon PKR itu paling muda.

“Jadi, tidak munasabah pengedar pil kuda merujuk kepada calon yang lebih tua,”katanya.

Abdul Hadi ketika disoal peguam Asmuni Ani turut menafikan beliau menyebut secara spesifik siapakah calon PKR yang dimaksudkannya sebagai pengedar pil kuda itu.

Anak kepada Haji Hadi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mewakili ayahandanya, Presiden PAS Dato’ Abdul Hadi Awang mengucapkan rasa syukur kepada Allah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolahk tuntutan bekas calon PKR DUN Bukit Besi.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan peguam dan orang ramai yang berterusan memberikan sokongan kepada ayahnya Abdul Hadi.

“(ia kes yang) berpanjangan dalam tempoh yang lama juga lah. Alhamdulillah pada hari ini kita telah dapat satu keputusan yang menyatakan bahawa dakwaan (tuntutan) yang dibuat oleh plaintif telah ditolak.

“jadi saya mewakili ayah saya lah, bersyukur kepada Allah kerana (itu) suka saya mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pasukan peguam yang bertungkus-lumus melakukan tugas mereka dengan baik.

“dan (terima kasih kepada orang) ramai lah yang datang dan memberi sokongan kepada presiden,”ujarnya ketika ditemui pihak media, di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 15 Disember.

Mengimbas kepada isu sebelum ini, Mohd Shamsul Mat Amin sebelum ini mendakwa bahawa beliau, Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (calon DUN Kota Putera) and Ahmad Nazri Mohd Yusof (calon DUN Seberang Takir) akan mengemukakan saman atas kenyataan Hadi kerana menurutnya, tuduhan Hadi pada sesi ceramahnya di Terengganu semasa kempen PRU-13 telah menjatuhkan imej serta maruah beliau dan keluarganya.

“Saya akan failkan kes di mahkamah ke atas Haji Hadi Awang. Akibat daripada ucapan tersebut, saya sentiasa diaibkan, diejek di kalangan masyarakat kampung saya.

“Saya telah menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya. Saya menderita akibat perkara ini,” katanya.
Shamsul juga berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu bagi membersihkan nama beliau atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu.

Kata beliau, walaupun Hadi tidak menyebut nama individu yang terlibat dalam pengedaran pil kuda tersebut, namun lokasi ceramah berkenaan menggambarkan seolah-olah mereka adalah pesalah itu.

Katanya lagi, sebagai pimpinan yang dihormati, Hadi sepatutnya menyiasat perkara itu sebelum mengaibkan mana-mana individu serta menyebarkan maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Kemenangan Hadi Awang ini sebenarnya amat melukakan hati rakan-rakan dan sahabat pimpinan PKR yang juga merupakan sekutu Pas dalam Pakatan.
Sama samalah kita renungi.

TAG