21 Buah Rumah Transit di Bina Dabong oleh Kerajaan Terengganu

Dabong Kuala Krai : Skuad Sukarelawan Transfomasi Terengganu Baharu (SSTTB) hari mula membina rumah transit sebanyak 21 buah dan beberapa buah yang dalam proses baik pulih.

Rumah transit tersebut yang dalam pembinaan semasa tinjauan Terengganu Times tengah hari tadi di tapak tanah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri serta bersebelahan dengan padang futsal Dabong.

Menurut sukarelawan yang  menguruskan rumah transit ini Mr. Mishesh Ramesh, rumah tersebut hasil usaha  YAB Menteri Besar Terengganu dengan memperolehi sumbangan daripada Terengganu Chinese Chamber of Commerce & Industry (TCCCI).

"Kami membawa 60 tan kayu-kayan pelbagai jenis serta alatan pembersihan seperti Scope Weelbarel dan beberapa buah jentera tong untuk membuang sampah"

"Tujuan kami dan Kerajaan Negeri Terengganu hanyalah untuk meringan beban mangsa banjir yang kehilangan rumah yang dihanyutkan arus air banjir ini"

"Rumah ini akan disiapkan dalam masa 2-3 hari dengan menggunakan hampir 40 orang tukang yang dibawa khas dari Terengganu dan dijangka siap pada awal minggu ini" katanya lagi.

Tambahnya lagi, selepas selesai semua kerja-kerja membersih pasca banjir ini berakhir Kerajaan Negeri Terengganu dan Terengganu Chinese Chamber of Commerce & Industry (TCCCI) akan menghantar buku-buku teks dan peralatan-peralatan berkaitan dengan pembelajaran harian  di Dabong ini.

Sementara itu Skuad Sukarelawan pula membersih kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Sekolah Kebangsaan Dabong, Sekolah Kebangsaan Kemubu dan Klinik Kesihatan Dabong.

Seramai 600 orang sukarelawan yang mana  dibahagikan empat tempat berkenaan dan 500 lagi sukarelawan berada di Machang dan diantaranya Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pak Wan, Sekolah Kebangsaan Meleret dan Pejabat Pendidikan Daerah Machang.



#PenaBiru/

TAG