AIR MATA SEORANG PEMIMPIN - KAMPUNG KEMUBU

YAB MB TERENGGANU MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT
Air mata saya keluar dengan serta merta semasa mendengar cerita daripada Dato’ Ramzi (Adun Dabong) mengenai Skuad Sukarelawan TTB yang dibawa oleh Yab Menteri Besar Terengganu untuk membantu kita di Dabong dan Kemubu ini. SINI

“Saya Tidak dapat membalas jasa Menteri Besar Terengganu dan juga sukarelawan yang hamper 1500 orang yang sedang berkampung disini, hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalasnya nanti”.

“MB Terengganu datang menolong kita dengan semua aset jentera yang lengkap (jentolak, lori, lori tangki, tukang rumah serta pelbagai alatan membersih) dan ribuan sukarelawan yang dibawanya bagi membantu kita hari ini”.

“Beliau juga membina rumah transit sebanyak 21 buah untuk kita yang kehilangan tempat tinggal, BESAR jasanya kepada kita di Dabong dan Kemubu ini”.

“Walau pun di Negeri Terengganu juga mendapat musibah yang sama dengan kita tetapi merekan tetap datang jua untuk membantu, Allahurobbi..”

“Disini juga saya mewakili seluruh rakyat negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan kemanusian yang diberikan kepada kami disini mahupun dari NGO dan rakyat seluruh Malaysia”.

Dato’ Seri Mustapha Mohamed berkata demikian dihadapan kira-kira 200 orang mangsa bencana banjir semasa lawatannya bersama Yab Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di Kampung Kemubu yang paling teruk terjejas dikawsan Dabong ini.

Beliau juga berjanji akan membantu sepenuhnya untuk memulihkan kawasan ini kembali seperti sediakala dan mengharapkan rakyat Kemubu dapat bersabar dengan Ujian yang diturunkan ALLAH ini kerana kecuaian pengurusan pihak tertentu.


TAG