Serian (3 Januari ): Seorang mangsa yang di baham BUAYA Idris Bin Yakub(56), jam lebih kurang 7.00 malam, mangsa bersama-sama 2 orang ana...
Serian (3 Januari ): Seorang mangsa yang di baham BUAYA Idris
Bin Yakub(56), jam lebih kurang 7.00 malam, mangsa bersama-sama 2 orang anaknya
iaitu, Saujana bt Idris(Perempuan) 12 tahun dan Mohd Shahrizal b. Idris(Lelaki)
8 tahun di Sungai Batang Samarahan Kampung Soh, Batu 27 Jln Kuching-Serian,
Sarawak.
Mereka bertiga menaiki bot kayu melalui Sg Batang Samarahan
Kampung Soh Serian untuk memasang belat ikan tepi tebing sungai tersebut sejauh
6 KM.
Pada jam lebih kurang 11.00 malam selepas menunggu air mangsa bersama
anak-anaknya mula memasang belat ikan di tebing sungai dan Pada 12.00 malam anak mangsa terdengar jeritan dari mangsa dan
anak perempuan mangsa melihat dengan suluhan lampu suluh terlihat bapanya di
baham oleh buaya.
2 orang anak mangsa sempat menyelamatkan diri naik ke darat
dan meminta bantuan dari orang kampong untuk menolong bapa mereka dan seterusnya
menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan menyelamat mangsa.
Sejurus menerima maklumat itu bilik Gerakan IPD Serian pada
jam 1.00 pagi (3 Januari 2015) seterusnya memaklum untuk koordinate lain2
Jabatan termasuk Jab. Bomba dan Penyelamat Serian atas maklumat tersebut.
Selepas menerima maklumat itu sepasukan Polis dan Pasukan
Penyelamat Malaysia(BOMBA), Jabatan Pertahanan Awan(JPAM) dan RELA digerakkan
bagi mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Kampung Soh tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat telah menemui mayat mangsa
pada jam 9.45 pagi di Batang Hilir Sungai Soh iaitu disebatang anak Sungai
Jirang Batang, Samarahan Kampung Soh.
Mayat mangsa ditemui 1.8 km dari tempat mangsa melabuhkan
beta ikan bersama dua orang anak mangsa Saujana dan Mohd Shahrizal dan keadaan
mayat mangsa yang ditemui tanpa kepala serta pergelanggan kaki kiri.
Kemudian mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik dan
diperiksa oleh Doktor Fiona Chua Chun
Yong(P) Hospital Serian.
Selepas selesai bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital
Serian, mayat mangsa telah dituntut oleh isterinya Raini Salim dan pada jam
4.00 petang arwah (Idris ) mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor Baru Melayu Serian, Sarawak.
COMMENTS