DAP Hantar Pasukan Sukarelawan Ke Machang? Bodo ke APA?

Mat Sabu & Lim Guang Eng politikkan Gambar Skuad Sukarelawan Terengganu

Ketika 500 Sukarelawan Terengganu sedang bertungkus lumus membersih Sk Chun Hwa di Machang, datang 4 lelaki melengang mengangkat tangan kosong melabai-labai ke arah Skuad Sukarelawan TTB.

Rupanya Mat sabu dan Lim Guang Eng serta beberapa bodyguard mereka bersiar-siar ketika Skuad Sukarelawan Terengganu sedang sibuk menyelesaikan tugasan mereka membersihkan kawasan sekolah.

Seorang guru cina Sekolah tersebut dengan sinis menyebut dihadapan beberapa orang sukarelawan 'Masa Siap baru nampak batang hidung dahlah datang dengan berpakaian kemas'.

Walaupun ramai sukarelawan tidak mengendahkan mereka Mat sabu dan Lim Guang Eng sempat bergambar di sekitar sekolah tersebut.

CUMA KEBEBALAN mereka terselah apabila gambar yang di ambil mereka bersama Skuad Sukarelawan Terengganu di politikkan dengan menyatakan gambar ini adalah SUKARELAWAN PAKATAN RAKYAT MEMBANTU MANGSA BANJIR yang di muatkan naikkan di Media Sosial.

Tidak perlulah dipolitikkan kebajikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu kerana atas usaha dan inisiatif Menteri Besar Terengganu telah mengumpulkan 1500 sukarelwan Terengganu untuk membantu Kelantan tanpa mengira fahaman politik.

APA FUNGSI MAT SABU DAN LIM GUANG ENG sebagai rakan Karib PAS Jika hanya datang melengang ber 'selfie' bersama mangsa banjir dengan Tangan kosong?

Dimana wakil pas ketika mereka turun padang ber 'selfie' dengan mangsa banjir?

TAG