Harakah Hilangkan Matlamat Perjuangan

HARAKAH YANG SEMAKIN HILANG NILAINYA 1) Dalam artikel yang ditulis oleh saudara Dinsman mengenai pemecatan beberapa tenaga kerja Harakah. I...

HARAKAH YANG SEMAKIN HILANG NILAINYA

1) Dalam artikel yang ditulis oleh saudara Dinsman mengenai pemecatan beberapa tenaga kerja Harakah. Izinkan saya memberi sedikit respon tentang kenapa masalah ini berlaku sehingga ke tahap pemecatan berlaku. Sebelum kita pergi lebih jauh perlulah kita sedar bahawa Harakah adalah lidah rasmi PAS bermaksud ia mestilah membawa idea-idea Islam dan gerakan Islam sesuai dengan PAS sebagai wadah perjuangan Islam di bumi Malaysia. Tetapi malangnya melihatkan apa yang telah terjadi, Harakah cuba untuk menjadi lidah kepada musuh-musuh Islam membiak dan menyuarakan idea mereka menggunakan lidah rasmi Parti Islam ini.

2) Sangat malang apabila kita lihat terdapat artikel-artikel yang ada elemen syiah disebarkan untuk menjadi bacaan ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia yang rata-ratanya beraqidah ahli sunnah wal jamaah. Adakah semata-mata demi kebebasan bersuara maka aqidah umat Islam perlu digadaikan? Bagaimana jika kerana membenarkan syiah menyebarkan idea mereka dalam Harakah menyebabkan lahirnya kelompok-kelompok syiah dalam masyarakat ahli sunnah wal jamaah kemudian menyebabkan pertumpahan darah yang tidak berkesudahan? Kita yang asalnya berniat baik berjuang ingin menegakkan Islam tetapi hanya kerana kesilapan membenarkan elemen Syiah tersebar maka kita sendiri telah menyeru kemurkaan Allah. Kebebasan bersuara mestilah tidak melanggar syariat Islam dan jika syariat Islam dijunjung maka kebebasan bersuara boleh diraikan bersama.

3) Selain syiah, Harakah juga seolah-olah cuba menjadi medan menyebarkan ideologi yang menyesatkan Aqidah seperti Liberalisme, Sosialisme dan lain-lain hanya atas nama kebebasan bersuara. Perlu difahami bahawa perjuangan Islam bukanlah meletakkan kebebasan bersuara sebagai matlamat utama tetapi redha Allah di akhirat itulah yang menjadi matlamat utama. Membenarkan infiltrasi propaganda ideologi songsang ini sendiri telah bertentangan dengan matlamat yang ingin dicapai. Malah ia bakal melahirkan kelompok-kelompok yang menentang usaha menegakkan Islam di bumi Malaysia; cukuplah dengan kewujudan NGO sesat seperti Sister In Islam dan lain-lain yang perlu dihadapi oleh umat Islam di Malaysia, janganlah kita pula dengan  sendiri menabur baja supaya kelompok ini tumbuh menjadi subur dalam masyarakat kita. Ketika Ulama berpenat lelah menjawab tohmahan dan serangan puak sesat ini tiba-tiba kita yang bersama dengan Jemaah pula menyebarkan propaganda mereka, ini tindakan yang salah dari segi etika berjemaah dan juga menyalahi syariat Islam.

4) Malah sebagai lidah rasmi PAS, seharusnya Harakah membanyakkan artikel berbentuk haraki dan membina intelektual anak muda hari ini dengan info yang membangkitkan nilai kepemudaan Islam. Anak muda hari ini mendambakan bahan bacaan yang dapat menambah keimanan mereka dan keperluan mental mereka. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada lidah rasmi PAS untuk menjadi medan dakwah yang ideal yang dapat membina fikrah Islam pembaca juga menampilkan syiar Islam sebenar yang diperjuangkan oleh seluruh gerakan Islam di dunia ini berbanding dengan ideologi songsang yang bermatlamat sempit duniawi. Antara bahan bacaan yang saya rasa sangat penting untuk dipenuhkan dalam ruangan Harakah adalah artikel-artikel Imam Hassan Al-Banna, Syeikh Fathi Yakan, dan penulisan-penulisan Ulama Haraki kontemporari. Maka bersesuaianlah dengan Harakah yang menjadi lidah rasmi gerakan Islam yang menjadi rujukan seluruh gerakan Islam di dunia ini jika ruangan-ruangannya dipenuhi dengan idea-idea haraki dan bukannya menjadi medan propaganda puak liberal, sosialisme dan lain-lain.

5) Tambahan, jika kita mengimbau kembali apa yang terjadi kepada Harakah hari ini. Malangnya ruangan-ruangan halaman Harakah dipenuhi dengan pimpinan parti lain berbanding dengan pimpinan PAS sendiri. Sekalipun wajah insan yang ditonjolkan dalam Harakah itu merupakan pimpinan dari rakan Pakatan tetapi kita perlu sedar bahawa Harakah adalah lidah rasmi PAS maka seharusnya ia mengutamakan berita-berita tentang kerja dan pergerakan pimpinan PAS dan para Ulama dalam PAS. Sudahlah pimpinan parti la
in sudah diceritakan dalam akhbar mereka sendiri, tiba-tiba akhbar kita pula terhegeh-hegeh ingin bercerita tentang cerita orang lain tetapi cerita tentang Parti kita sendiri pula terdiam seolah-olah Harakah menjadi lidah rasmi parti lain pula. PAS mengalami zaman perubahan yang sangat ketara baru-baru ini dengan pelbagai kurniaan Allah yang membuktikan jalan perjuangan PAS ini merupakan jalan perjuangan yang benar maka tidak seharusnya kita berasa malu untuk menceritakan detik-detik kisah perjuangan Islam dalam ruangan lidah rasmi kita sendiri.

6) Sebagai media penyampai PAS, Harakah perlu lebih membanyakkan cerita pergerakan Presiden dan pimpinan sendiri. Berikan dan utamakan ruang-ruang Harakah untuk kisah perjalanan Presiden, pimpinan PAS dan para Ulama; ahli-ahli PAS diperingkat akar umbi ingin mengetahui perjalanan pergerakan Presiden parti yang mereka sayangi itu. Di samping itu, melihatkan suasana sekarang dimana ramai pihak dari luar dan dalam cuba menyerang Presiden PAS dan institusi Ulama maka Harakah perlu memainkan peranannya sebagai benteng mempertahankan Presiden dengan menceritakan jasa-jasa, pengorbanan dan kelebihan Presiden PAS supaya pihak musuh dari dalam dan luar ini kehabisan ruang untuk menjatuhkan Presiden PAS. Malang pada hari ini kita melihat Harakah pula menjadi kuncu musuh membiarkan tulisan-tulisan berbaur fitnah yang cuba menjatuhkan Presiden dan menghina Ulama.

7) Akibat gagal daripada bertindak seperti yang sepatutnya Harakah perlu laksanakan, maka ia telah merudumkan hasil jualan Harakah kerana isi yang disediakan tidak memenuhi harapan ahli PAS diperingkat umbi. Tindakan yang tidak sepatutnya ini bukan sahaja merugikan hasil jualan Harakah tetapi yang paling merugikan adalah ia merencatkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Maka jika ada suara yang mengatakan tindakan memecat itu zalim maka izinkan saya untuk bertanya, siapakah yang zalim sebenarnya? Apabila diberi amanah untuk menerajui lidah rasmi perjuangan Islam di bumi Malaysia tetapi amanah itu dirugikan sendiri. Jika merasakan dizalimi, bagaimana dengan artikel-artikel yang sebelum ini tersebar telah menyebabkan ramai umat Islam terpesong dari ajaran Islam, zalim kita dengan Allah tidak pula kita fikirkan. Bukanlah tujuan saya untuk menghina sesiapa dalam penulisan ini tetapi harap boleh terima buah fikiran yang kerdil ini, jika ingin kembali memegang amanah dalam lidah rasmi perjuangan Islam maka hendaklah melaksanakan amanah itu dengan sebaiknya dan jangan kerana tindakan kita yang terlalu mengagungkan kebebasan bersuara sehingga mengenepikan Islam.

MUHAMMAD SYAFIQ BIN JAMALUDDIN
Mahasiswa  UNISEL

#Tarbiyah_Teras_Istiqamah
#Bersama_Kepimpinan_Ulamak
#Beramal_Kerana_ALLAH
#Luaskan_Amal_Mu

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Harakah Hilangkan Matlamat Perjuangan
Harakah Hilangkan Matlamat Perjuangan
http://lh3.ggpht.com/-2rb-AIKEhms/VK-ODh49IOI/AAAAAAAAB0Y/x_Pgx8uo1EQ/s640/IMG-20150108-WA0089.jpg
http://lh3.ggpht.com/-2rb-AIKEhms/VK-ODh49IOI/AAAAAAAAB0Y/x_Pgx8uo1EQ/s72-c/IMG-20150108-WA0089.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/01/harakah-hilangkan-matlamat-perjuangan.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/01/harakah-hilangkan-matlamat-perjuangan.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy