Kerajaan PAS Kelantan GAGAL, TEAM Husam TERBAIIK Urus BANJIR - Tauke Balok

PENULIS mengaku secara terbuka bahawa bukan kuasa penulis nak menentukan sama ada sesuatu musibah itu bencana atau ujian dari Allah SWT.  Setakat nak bincang berpaksi kepada pengetahuan yang terhad, bolehlah kot.
Tak macam orang PAS, sudahlah ahli syurga ahli neraka depa yang menentukan, bala atau tidak pun nampaknya, ditangan mereka juga.
Bagaimanapun, satu yang pasti, kalau apa yang berlaku di Kelantan itu ujian, maka kerajaan PAS Kelantan sudah gagal dan hakikat ini diakui sendiri nampaknya oleh PAS melalui Harakah versi online.
Dari segala segi memang nampak PAS tak bersedia menghadapi banjir kali ini. Salah satu kelemahan yang penulis nampak ketara ialah, walaupun bergelar kerajaan di Kelantan, PAS menggerakkan jentera parti itu untuk menyelaras operasi banjir.
Walaupun kewujudan ‘operasi banjir’ oleh PAS seperti ada tidak ada, tapi yang penting disini, kenapa guna jentera parti, pasal nak dapat untung politik ke?
Tidak hairanlah kenapa segalanya tak menjadi sebab PAS tak bergerak atas kapasiti kerajaan tapi kapasiti parti. Sebagai sebuah parti, mana ada kuasa nak mengarahkan agensi kerajaan negeri untuk melakukan operasi menyelamat dan hal – hal lain yang berkaitan.
Cakap pasal agensi kerajaan negeri, apa yang bergerak?  Semua agensi kerajaan persekutuan sahaja yang jalan.  Tolonglah jangan cakap hal bencana ni bukan bidang kuasa kerajaan negeri ya.
Dari satu sudut yang lain, kalau nak dikatakan bencana kali ini sebagai bala pun boleh sebab kesukarannya tu begitu ketara sekali. Dulu air naik juga tapi taklah sampai penyelamat nak hantar bantuan pun tersekat-sekat; baik dari darat, air malah melalui udara pun.
Sudah jadi pengetahuan umum walaupun kerajaan persekutuan menyediakan segala kemudahan pengangkutan termasuk helikopter, tapi banyak penerbangan tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk dan sebagainya sehingga membantukan penghantaran bantuan.
Bot pun tak lepas kerana ketinggian air banjir menenggelamkan hampir semua benda termasuk pokok-pokok yang boleh menyebabkan enjin bot tersangkut, terbalik dan sebagainya.  Senang cakap, bukan boleh main terjah macam tahun-tahun sebelumnya.
Apa pun yang penting, bala atau ujian, PAS gagal segala segi.  Cakap saja berterabur macam bagus, tapi realitinya, “hampeh pun takdo”,cakap orang Negeri Sembilan. MyKMU.net
TAG