Ketua Pemberontak Sulu Agbimuddin Meninggal Dunia

Ingat lagi ketua kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah Febuari 2013... Agbimuddin Kiram lelaki tua yang mengaku dia Raja Muda Kesultanan Sulu?

Khabarnya Agbimuddin meninggal dunia akibat serangan jantung di kampung halamannya Pulau Tawi-Tawi Selasa.

Media Filipina melaporkan Agbimuddin yang berjaya menyusup keluar dari kampung Tandou ketika serangn besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia pada 5 Mac 2013 sebelum ini 'menghilang' dari pandangan orang ramai.

Beliau dipercayai bersumbunyi selepas kegagalannya dalam pencerobohan Lahad Datu.

Abangnya, 'Sultan Jamalul Kiram' meninggal dunia enam bulan selepas serangan di Manila juga kerana sakit jantung.

Menurut laporan Rappler, selain polis, tiga sumber yang berbeza mengesahkan Agbimuddin atau nama lainnya Datu Puing meninggal dunia di rumahnya di bandar Simunal Tawi-Tawi.

Agbimuddin adalah individu yang bertanggungjawab melatih ratusan 'tentera diraja Sulu, di Tubig Simunul, sebelum kira-kira 200 dari mereka menyerang Sabah atas alasan itu tanah Sultan Sulu.

Serangan diketuai Agbimuddin, manakala timbalannya adalah bekas pegawai kanan dalam pasukan tentera Filipina Jeneral Haji Musa Abdulla yang terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Sepanjang pencerobohan pengganas Sulu yang berlarutan hampir dua bulan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia.

Mereka ialah Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46 (komando VAT 69) Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, (Cawangan Khas Bukit Aman), Asisten Supritendan Michael Padel, 36, (Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna), Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau, Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah), dan Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Selain itu, dua lagi askar turut gugur melibatkan Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja Tawau dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.-13/1/2015

TAG