Luahan Hati Seorang IBU -Anak Peluk Cium Artis KOREA

"Saya menghantar dia pergi belajar supaya dia menjadi seorang yang berguna untuk dirinya dan keluarga"
"Untuk berbakti kepada mak cik dan pak cik apabila kami tua nanti"
" Mak cik selalu pesan kepada dia, kalu hendak buat sesuatu itu ingatlah pada mak cik dan pak cik di kampung ni...".
"Ingatlah pada Tuhan (Allah) yang sentiasa melihat perbuatan kita setiap saat dan ada kiri kanan yang menjaga kita setiap saat".

"Tetapi itu semua hilang oleh kerana NAFSU dan keterujaan dia bertemu dengan Idola Dunianya sehinggakan perkara yang berlaku ini"
"Mak cik tahu dia sangat minat menonton cerita-cerita KOREA dan artis-artisnya serta tak sangka sampai boleh jadi macam ni... Dipeluknya lelaki itu yang bukan muhrim... Allahuakbar..."
"Aina(bukan nama sebenar) sebab apa kamu buat Ma dan Abah macam ni.. Kamu malu Ma dan Abah... Apa Ma nak jawap pada orang kampung.. Pada Allah nanti... Allahuakhbar...."
"Ma dan Abah didik kamu dengan penuh ilmu agama dari kecil hinggalah kamu besar dan hantar akmu belajar hingga ke universiti... tapi ini balasan yang Ma dan Abah terima..."
Begitulah luahan hati seorang ibu apabila melihat keluarnya gambar-gambar dan video dan ibunya dipertontonkan dengan aksi anaknya yang sangat-sangat kurang sopan dimata yang melihatnya.
Tetapi apakan daya ibu dan keluarga terpaksa menanggung malu dek perbuatan yang tidak diduganya itu...
Ambilah ini sebagai iktibar agar ia tidak berulang lagi....
TAG