Pas TAKUT Bayang-Bayang Sendiri - Sanggup Maki Hamun Sesama ISLAM











Saya amat tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin PAS Negeri Terengganu yang mengatakan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Haji Ahmad Razif Abd Rahman berniat untuk memprotes Perhimpunan Harap 3.1 yang telah dirancang selama setahun di mana ia bakal diadakan di Telaga Daing, Seberang Takir pada 29 sehingga 31 Januari ini.

Dikatakan bahawa Ahmad Razif sengaja menganjurkan Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Peringkat Kuala Nerus di mana ia turut diadakan pada tarikh dan lokasi yang sama kira-kira jauhnya hanya 500 meter dari tempat Perhimpunan Harap 3.1 itu bakal berlangsung.
Maka, dengan dua majlis yang bakal berlangsung pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama, di mana ia dianjurkan oleh dua pihak yang berbeza, PAS menuduh Ahmad Razif berniat jahat untuk menggagalkan program PAS itu.
Ada beberapa persoalan yang bermain pada fikiran saya ketika saya membaca kenyataan, yang mana saya kira luahan perasaan pemimpin PAS terhadap Karnival TTB yang dianjurkan oleh Ahmad Razif; Pertama: Mengapa PAS cuba mengadakan program himpunan mereka di kawasan atau DUN yang mereka gagal menang dalam pilihanraya yang lalu?
Kedua: Dalam Parlimen Kuala Nerus, PAS telah memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepoh tetapi mereka cuba mengadakan Harap 3.1 itu di dalam DUN Seberang Takir, iaitu kawasan yang dimenangi oleh Menteri Besar Terengganu itu sendiri?
Ketiga: DUN Rusila, kawasan yang dimenangi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang merupakan kubu paling kuat di dalam Terengganu kepada ahli-ahli PAS. Mengapa Seberang Takir masih menjadi pilihan mereka?
Persoalannya: Mengapa Seberang Takir masih menjadi pilihan kepada PAS untuk mengadakan program tersebut tetapi tidak di 15 kawasan yang mereka menangi ketika pilihanraya yang lalu?
Karnival Terengganu Baharu (TTB) Kuala Nerus di Bangunan Penyelaras UMNO Dun Seberang Takir pada 29, 30 dan 31 Januari ini. Orang ramai dijemput hadir.
Sekiranya PAS mengatakan Ahmad Razif cuba menggagalkan program yang mereka kononnya telah dirancang selama setahun itu, tohmahan yang dilemparkan adalah amat tidak berasas sama sekali kerana Seberang Takir merupakan kawasan yang dimenangi oleh beliau dan adalah menjadi hak beliau dan kerajaan negeri untuk menganjurkan apa-apa aktiviti di dalam kawasan tersebut.
PAS tidak memenangi kerusi DUN Seberang Takir tetapi mereka menuntut bahawa Ahmad Razif menggagalkan program mereka. Tuduhan PAS masih tidak berasas. Sekiranya PAS ini benar-benar menganggap bahawa parti mereka itu parti yang memperjuangkan Islam, adakah Islam membenarkan umatnya untuk merampas atau mencerobohi hak yang bukan miliknya?
PAS kena sedar diri. PAS kena banyak cermin pada diri mereka sendiri. Sebelum mereka melontarkan tohmahan kepada Ahmad Razif, PAS harus sedar bahawa mereka tuntut hak yang bukannya milik mereka.
Sekiranya benar Ahmad Razif berniat untuk menggagalkan Himpunan Harap 3.1, Ahmad Razif masih berada di pihak yang benar kerana Seberang Takir adalah hak miliknya kerana rakyat di Seberang Takir telah memilih dan mengundinya ketika PRU 13 yang lalu. Secara analoginya, katakanlah bahawa Seberang Takir ialah negara Palestin dan Ahmad Razif merupakan seorang rakyat Palestin.
Apabila Palestin diceroboh oleh musuh, adalah menjadi tanggungjawab Ahmad Razif untuk menjaga dan memelihara tanah airnya daripada terus dicerobohi oleh pihak musuh dan adalah WAJIB hukumnya kepada Ahmad Razif untuk terus menentang secara berterusan terhadap musuh yang berniat jahat untuk menjajah kawasan beliau.
Oleh kerana Ahmad Razif mempertahankan haknya, Ahmad Razif sendiri telah BERJIHAD! Berjuang untuk kemenangan bagi kawasannya! PAS yang menceroboh!
PAS kena sedar diri. Dalam 15 kawasan yang mereka menang, mengapa mereka anjurkan program mereka di Seberang Takir? Mengapa tidak di Pulau Duyong (di mana ia terletak di dalam DUN Bukit Tunggal)? Mengapa tidak di kubu kuat PAS di Rusila? Mengapa mereka perlu menceroboh di kawasan yang bukan haknya?
Apa hak mereka sehingga mereka boleh mengatakan Ahmad Razif cuba memprotes dan menggagalkan  program mereka? Dan apa pula hak mereka untuk menganjurkan program mereka di kawasan Menteri Besar Terengganu?
Saya melihat sudah tentu PAS mempunyai niat yang jahat untuk memburuk-burukkan Ahmad Razif. Di sebalik kesibukan Ahmad Razif menjaga satu negeri (termasuk di DUN yang kalah), PAS mengambil peluang ini untuk memburukkan Ahmad Razif di mata rakyat.
PAS kena sedar. Di dalam perkataan PAS itu sendiri termaktub ISLAM. Islam tidak menyuruh umatnya membuat kejahatan mahupun mempunyai niat yang tidak elok.
Sekiranya benar PAS berniat jahat, sudah tiba masanya nama PAS itu ditukarkan kepada satu nama lain yang tidak mempunyai Islam di dalamnya kerana PAS mencemarkan nama suci Ilam dengan terus-menerus untuk menjatuhkan kreadibiliti seseorang insan dan di dalam konteks ini, PAS cuba menjatuhkan Ahmad Razif di kawasannya sendiri. Jadi, siapa yang berniat jahat? Anda boleh fikirkan.
Wallahu A’lam.
TAG