Pemimpin Yang HEBAT Akan DiUJI

"Walaupun tidak mendapat penghargaan atau pengiktirafan daripada pihak yang sewajarnya, misi kemanusiaan pasca banjir skuad sukarelawan TTB Terengganu ke Kelantan akan tetap diteruskan selama sebulan dengan penuh keikhlasan".

"Allah menguji kita dengan pelbagai cara dan ia datang apabila kita semakin banyak melakukan kebaikan ke jalan NYA".

"Tanda orang yang hebat dan dikasih oleh Allah SWT ia akan tetap diuji dengan tahap kemampuannya sendiri dan pelbagai perkara yang berlaku pada tahun 2014 yang lalu".

Itulah kata-kata seorang pemimpin yang mula mengorak LANGKAH demi menjulang AGAMA ISLAM berada tempat yang TERTINGGI....

Sebanyak 139 keluarga telibat banjir yang berdaftar  dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima sumbangan toto, pakaian sekolah dan keperluan asas daripada kerajaan negeri Terengganu. SINI

Sumbangan itu disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria hari ini di Sekolah Kebangsaan Serambi dalam Dun Bebar Pekan, Pahang.

Dalam ucapannya, Razif menyatakan bahawa duit yang ada di dalam tangan seseorang itu bukan la milik hakiki orang tersebut tetapi duit itu akan menjadi milik kita apabila kita bersedekah dan memberi kepada orang lain dengan ikhlas hati.

walaupun tidak mendapat penghargaan atau pengiktirafan daripada pihak yang sewajarnya, misi kemanusiaan pasca banjir skuad sukarelawan TTB Terengganu ke Kelantan akan tetap diteruskan selama sebulan dengan penuh keikhlasan.

Razif turut menambah, pengalaman menghadapi bencana banjir di Kemaman dua tahun lepas banyak mengajar kepimpinan atasan untuk membuat persediaan terbaik dan tahun ini Kemaman mendapat pengiktirafan tahap emas dalam menguruskan banjir oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
TAG