PESTA SEKS DI Klang - Gadis Melayu Selangor Mengaku Salah


KLANG 16 Jan. – Seramai tujuh lelaki dan lima wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki dadah dan air ketum ketika menyertai satu pesta seks di sebuah hotel, Ahad lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 31 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah @ Lusia Muda Maran.

Mereka yang dituduh ialah Nur Amaliena Shahrul, 20, Zahrotul Jannah Victor, 20, Nur Amielda Ilyna Hanip, 20, Azlina Mat Hassan, 22, Mohd. Zul A’rfi Elias, 22, Mohammad Khaibun Naim Zubair, 23, dan Muhammad Fikree Kaharuddin, 23.

Yang turut didakwa ialah Muhammad Zhafran Abdul Malik, 24, Nurul Amyra Yemsi, 25, Nur Muhammad Raihan Abdullah Sani, 25, Muhammad Hanief Jaafar, 28, Abdul Halim Meor Cik @ Meor Ibrahim, 29, dan Nor Ariffin Jailani, 31.

Kebanyakan daripada mereka merupakan penuntut institusi pe*ngajian tinggi awam (IPTA).

Bagi tiga pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa memiliki dadah jenis ketamin seberat 0.68 gram (g), pil eramin (0.75 g), dan pil ekstasi (5.01 g).

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan keempat, mereka didakwa memiliki satu botol air mineral lima liter berisi cecair disyaki air ketum.

Bagi pertuduhan ini, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan pada pukul 3 pagi, 11 Januari lalu di bilik nombor 201, Hotel Histana, Jalan Batu Tiga Lama, di sini. Kes disebut semula 25 Februari.-Utusan
TAG