Sikap Angkuh, Maki dan Fitnah Adalah Sifat Pemimpin serta Ahli PAS

Pada dasarnya secara kebetulan tarikh dan masa program TTB dibawah Kerajaan Negeri yang berlangsung di Seberang Takir bertembung dengan HARAP yang dibuat oleh PAS.

Pelbagai persoalan TIMBUL kerana bekas Calon Pas Seberang Takir  tiba-tiba menyerang Yab Dato' Ahmad Razif dengan membabi BUTA dek kerana programnya pada masa yang sama.

Tomahan demi tomahan serta maki hamun yang sentiasa pada setiap Pemimpin Pas telah membuat rakyat di Seberang Takir naik angin dengan status Facebook yang dibuat oleh Zakaria Dagang(Ayam Aloh Belage).

Dalam status tebaru berbunyi.." Kita mulakan Serangan dan kita bersedia diserang" .

Status itu terang dan jelas bahawa Zakaria Dagang hanya mahu publisiti murahan dengan menyerang Yab Dato' Ahmad Razif kerana beliau kecewa rakyat aka pengundi Seberang Takir TIDAK memilih beliau sebagai Wakil kepada Rakyat. Koh.. Koh... Koh...

DENDAM Ya Dagang kepada membuka mata rakyat seberang takir dan bertapa busuknya hati seorang yang kononnya BERJUANG atas dasar ISLAM....



Tatkala Dato' Ahmad Razif Abd Rahman menghantar lebih 6,000 'tentera' bagi membantu rakyat di bawah pimpinan PAS Kelantan yang sedang 'berperang untuk hidup', PAS pula merancang untuk 'berperang' dengan Menteri Besar Terengganu di Seberang Takir.

Tatkala Tuan Guru Nik Aziz sedang 'berperang' antara hidup dan mati di hospital kerajaan, PAS pula sedang mengatur program gelak ketawa bersama Abby Abadi yang tidak lain tidak bukan untuk mengutuk kerajaan.

Tatkala orang lain bertali arus masuk ke negeri PAS hulur sumbangan dan bantuan, PAS di Terengganu pula bakal habiskan duit di Seberang Takir semata-mata mahu 'tunjuk kuat' kepada UMNO dan Menteri Besar.

Pada saat rakyat Kelantan hidup dalam kedaifan akibat bencana, Timbalan Menteri Besar Kelantan masih ada masa untuk bertandang ke Seberang Takir semata-mata untuk 'tunjuk PAS kuat' kepada MB Terengganu.

PAS sebuah parti politik,
PAS bukan pejuang agama,
PAS bukan pejuang rakyat,



Baca Artikel di Bawah.....

Program Karnival TTB yang sepatutnya berlangsung pada 29 hingga 31 januari ditangguh selepas tempoh yang akan dimaklumkan bagi menghormati kemangkatan Nenda Tuanku Sultan Mizan.

Berlainan pula PAS yang tidak peka kepada keadaan dan situasi masih lagi berkeras untuk meneruskan program politik mereka dengan menunjukkan sikap ego dan takbur, kononnya hebat dengan penganjuran program HARAP 3.1.
Untuk itu, Badan Perhubungan PAS Terengganu sanggup mengisytihar perang dengan Kerajaan Negeri dan Y.A.B Menteri Besar.

Walaupun program Karnival TTB yang sepatutnya berlangsung pada hujung bulan ini merupakan program karnival kerjaya kepada anak-anak muda dengan peluang pekerjaan dan juga pelbagai program keagamaan, Kerajaan Negeri dan UMNO tetap menjadi sasaran cacian dan makian mereka.

Kononnya merekalah yang lebih berhak menganjur program dan melempar pelbagai tohmahan, cacian dan fitnah sehingga membuat kenyataan media menentang UMNO dan Kerajaan Negeri.

Tidakkah ini menunjukkan Badan Perhubungan PAS Terenggganu angkuh, sombong dan bersikap kebudak-budakan dalam melaga-lagakan rakyat?

Badan Perhubungan PAS Terengganu perlu belajar dahulu memberi penghormatan dan membuang sikap sombong, angkuh dan ego jika mahu rakyat hormat mereka.

WALAUBAGAIMANAPUN dengan sikap PAS yang mudah melenting ini menunjukan GELOMBANG Transformasi Terengganu  Baharu kini sudah berada di hati rakyat.

Dan apa yang sering di sebutkan oleh Dato' Ahmad Razif 'Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat' telah memberi kesan di hati rakyat dengan segala kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh Dato' Ahmad Razif, Menteri Besar yang disayangi rakyat.

Moga Terengganu sentiasa dilimpahi rahmat dan di jauhi dari segala fitnah..

Rakyat Marhean
25 Januari 2015
TAG