Razif bersama 1000 Sukarelawan Ke Kelantan Khamis Ini!!!!

Inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu dibawah YAB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman menubuhkan Skuad SUKARELAWAN Terengganu yang mana akan menabur bakti kepada mangsa-mangsa bencana akan terus dipergiatkan demi memastikan permuafakatan serta mensuburkan amalan gotong royong, bantu membantu sesama insan terus diperhebatkan.

Terengganu akan menghantar 1000 anggota Skuad Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) di bawah kepimpinanYAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu akan Kelantan untuk menghulur bantuan pasca banjir yang melibatkan NGO, Puteri UMNO, Pemuda UMNO, Belia dan Agensi-agensi kerajaan di mana Pasukan ini akan di ketuai oleh Yb Dato` Rozi Mamat Exco Belia dan Sukan negeri.

Skuad ini akan memfokuskan kepada dua bahagian iaitu di Dabong, Kuala Krai dan Machang dimana terbahagi kepada dua kumpulan iaitu 500 sukarelawan bagi setiap kumpulan yang akan di ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri, Mohd Johari Abu Bakar di Machang dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Zaidi Muda di Dabong.

Selain program sukarelawan bantuan berbentuk barangan asas seperti tilam, selimut kain batik, kain pelikat dan dapur bagi setiap keluarga juga akan di sumbangkan oleh Kerajaan Negeri yang melibatkan 4600 keluarga.

Program ini akan berjalan selama tiga hari dua malam bermula pelancaran oleh Y.A.B Dato Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus pada hari Khamis, 8 Janurai 2014, manakala agihan bantuan akan di sampaikan pada hari jumaat dan sabtu oleh Y.A.B MB di dua lokasi tersebut.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Sebagai tanda permuafakatan tanpa memilih latar belakang politik, kita tidak akan membiarkan mangsa banjir di Kelantan begitu sahaja, hari ini Kelantan teruk banjir, esok mungkin kita pula.
Sudah tiba masanya generasi belia menzahirkan semangat solidariti mereka melalui TTB yang akan menjadi organisasi diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Semangat solidariti akan diiktiraf apabila kita memberi nilai tambah dan memperkemaskan lagi sukarelawan TTB sedia ada sebagai sebuah organisasi yang mempunyai latihan serta pakaian seragam yang sama seperti JPAM dan RELA.

“Kita akan beri pengiktirafan kepada mereka termasuk latihan khusus dengan bantuan agensi seperti tentera, bomba, JPAM dan RELA untuk mengajar kemahiran kepada sukarelawan ini,” katanya.

TAG