Sukarelawan TTB Akan Berkampung Sebulan di Dabong

Menteri Besar Terengganu Memakaikan Buju Sekolah Kepada Murid SK Dabong
Menteri Besar Terengganu Memakaikan Baju Sekolah Kepada Murid SK Dabong
Dabong Kuala Krai: Menteri Besar Terengganu Yab Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengumumkan Skuad Sukarelawan TTB akan menangguhkan misi pasca banjir sebulan lagi beroperasi di sini.
Beliau berkata demikan semasa menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Dabong, Kuala Krai.
“Memandangkan kerja-kerja pembersihan sekolah-sekolah dan kawasan sekitarnya yang perlukan masa tiga hingga empat minggu lagi”.
“Maka dengan ini saya mengumumkan bahawa Skuad Sukarelawan TTB akan tinggal disini sehingga semua kerja-kerja pembersahan selesai”.
“Kita Terengganu akan terus menabur bakti kepada rakyat Dabong kerana kita sangat memahami keadaan semasa selepas bencana banjir ini berlaku”.
“Sebenarnya sumbangan kita ini amat kecil berbanding dengan rakyat Dabong yang kehilangan harta benda termasuklah tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan harian selepas ini, katanya lagi.
Selepas daripada itu beliau menyampaikan sumbangan berbentuk dapur, cadar, selimut, tikar, dan kelengkapan solat, pakaian sekolah serta beberapa keperluan asas harian.
Sumbangan tersebut akan diselaraskan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Dato’ Ramzi Abdul Rahman merangkap Adun Dabong dan akan diagihkan kepada lebih 1500 orang mangsa bencana banjir yang berdaftar setakat hari ini.
Turut sama Ahli Parlimen Jeli merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu Dato' Rozi Mamat serta beberapa ADUN Terengganu.
tok pa
naik hilux
Ahmad Razif, Ramzi dan Mustapha Meninjau Kampung Kemubu
TAG