Wajar atau tidak Hukuman Rotan akan ke PENJARA


Cara didik anak mengikut psikologi ISLAM

1)    Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2)    Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan
sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak
boleh di kawal.
 
3)     Rotan /pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan
merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah S.A.W.

“ Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) ”
.

4)    Mulakanlah hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak kita malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5)    Berikan anak kita pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6)    Pandanglah anak kita dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan
anak kita lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7)    Berikan peneguhan setiap kali anak kita berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman,hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8)   Janganlah mengharapkan anak kita yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik
secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan
mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9)   Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga.

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan / puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak-anak, cerita itu tak akan dapat kita dengari lagi pada masa akan datang.Bila anak-anak bercerita, tunggu giliran kita untuk bercakap (Ini akan mengajar anak kita tentang giliran untuk bercakap).

12) Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak kita bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak kita belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan kita suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak kita. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak kita. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect
sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang kita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak kita mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.